CnP dari GB yg telah bersara Tn Hj Ahmad Yushak👇🏼👇🏼👇🏼

Perkongsian dari mantan seorang guru @ Guru Besar yang telah bersara untuk renungan:

UNTUK GURU:

1. Sebaik baiknya jika boleh datang awal ke sekolah, perhimpunan, mesyuarat, taklimat dan semua program sekolah sebelum GB sampai....biar kita tunggu GB.

2. Mesti buat yg wajib seperti punch card, masuk kelas, periksa kerja murid, buat dan hantar RPH atau eRPH sebelum GB cari kita.

3. Jangan berwasap dalam 3 perkara......masa perhimpunan, mengajar dan mesyuarat.....bawa hp tak ada masalah kerana mungkin ada panggilan kecemasan.

4. Jangan "menentang arus" atau bina jambatan permusuhan dengan pentadbir lagi2 GB.

5. Maklumkan kepada GB apa jua perkara berkaitan sekolah...... jangan diam2.

6. Kantin tempat makan JANGAN jadikan kantin tempat cari makan sehingga murid panggil "cikgu2 skrg kelas cikgu".

7. Minta maaf kepada murid sekiranya walaupun seminit lambat masuk kelas.....

Banyak lagi.......

UNTUK GB DAN BAKAL GB:

1. Jangan ego dengan jawatan GB. Jawatan tu amanah sekadar pinjaman sampai waktu pindah, pencen, mati akan ditinggalkan.

2. Anggap guru-guru rakan sekerja @ frontliner kita, org penting yang perlu sentiasa dihormati, dihargai, dipuji sebab semua program cikgu yg buat.

3. Jangan marah, tegur atau jatuhkan maruah guru dlm mesyuarat, perhimpunan lebih2 jangan sesekali di depan murid!

4. Tinggikan "budibicara". Jangan ikut sangat2 peraturan "walaupun peraturan itu ikut buku tetapi kena budibicara ikut aku". Jadi utamakan budibicara!

5. Jangan jadi GB dalam akuarium. Guru nak jumpa takut, terintai-intai. Duduk dlm opis dia sahaja. Baik buka aje pintu pejabat 24 jam.

6. Pusinglah sekolah jenguk2 kelas murid belajar bukan intai cikgu mengajar ke tidak.

7. Jangan kedekut CRK, bagi sahaja selagi tidak menjejaskan perjalanan sekolah. Jangan berkira sangat hal CRK. Cikgu nak CRK sambut hari jadi suami@isteri atau pi shopping bagi aja. Bukan jadi bodoh pun murid cikgu CRK sehari!

8. Berusaha membantu menyelesaikan masalah guru. Jangan tambah lagi masalah guru. Bantu sehingga selesai. Jangan  susahkan guru.

9. Jangan pilih kasih guru-guru. Yang cantik disukai, yang dayang senandung tak suka.

10. GB jangan sekali2 ada skandal dengan guru@staf. Mesti bersih integriti, OK?

11. GB jangan kedekut sesekali belanja guru-guru. Sebaiknya belanja guru selepas ada program besar sekolah utk hargai penat-lelah dan tungkus-lumus guru.

12. Jika balik melancong atau meeting jauh2 jangan lupa bagi sedikit jajan atau cenderahati kepada guru-guru tanda ingatan. Tak boleh bagi semua, beli makanan makan sama-sama di kantin.

13. Jika boleh hari raya bagi semua guru, pekerja, pengawal duit raya. Pemberian GB walaupun kecil tapi sangat bermakna. Nak cari duit pandai-pandailah GB!

14. Jika boleh selalu tanya khabar guru, sesekali sembang, sesekali duduk sama guru minum di kantin tapi GB jangan sampai berakar pulak duduk di kantin!

15. Jika guru atau penjaga jemput kenduri jangan tak datang. Sedaya upaya GB mesti datang walaupun sekadar cukur jambul atau berkhatan. Ini penting membentuk hubungan mesra.

16. Yang paling penting GB mesti bela dan pertahankan guru dalam apa jua keadaan sekali pun lagi-lagi bila ada masalah anak dengan penjaga. Bantu dan tolong guru. Jangan guru dibiarkan terkapai-kapai sendiri, lagi-lagi bila sampai kes polis.

17. Jangan sesekali wasap guru bagi arahan itu ini pada tengah malam. Simpan dulu arahan itu kerana esok masa ada.

18. Jangan kerap buat mesyuarat dan berjela2 1@ 2 jam cukup.  

Cukup untuk sekadar hari ini.... In Shaa Allah, saya akan kongsi di hari lain lagi. Kita nak cikgu gembira dan ceria sokmo agar mereka seronok datang ke sekolah. Kemudian pasti jiwa mereka tenang.

Mohon maaf jika catatan saya ada menyinggung mana-mana pihak. Semoga semua pentadbir menjadi pentadbir yg mesra alam, disegani bukan ditakuti, dihormati bukan dikeji, dinantikan kehadirannya bukan disepikan.....

Sekian. Terima kasih.