Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yg panjang .... maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pd kedua org tua ,... wink wink ;-) Alhamdulillah syukur. InsyaAllah. Rezeki ada di mana-mana. 

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. 
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit, 
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah, 
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar, 
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. 
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal. 
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil.

21 Comments

  1. Allah kurnia rezeki berbeza-beza pada setiap orang sesuai dengan keperluan mereka, masalah timbul jika suka banding-bandingkan rezeki kita dengan orang lain...Syukur apa adanya.

    ReplyDelete
  2. Allah akan beri yang setimpal buat kita.. ikut keadaaan dan masa yang terbaik. insyallah.. rezeki akan sentiasa ada dariNya dari pelbagai sudut =)

    ReplyDelete
  3. sentiasa bersyukur apa ada nya...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah pada rezeki yang ada

    ReplyDelete
  5. Betul itu rezeki untuk habiskan masa bersama ibubapa.

    ReplyDelete
  6. Ya, bersyukur dan teruskan usaha.

    ReplyDelete
  7. Kita merancang Allah menentukan

    ReplyDelete
  8. Didik hati sentiasa bersangka baik dengan Allah.Positif selalu.

    ReplyDelete
  9. sentiasa bersyukur dgn rezeki yg ada..

    ReplyDelete
  10. Syukur selalu...nikmat Tuhan sentiasa ada..

    ReplyDelete
  11. Allah dah allocate rezeki setiap hambaNya, usaha lebih dapat lebih, tak dapat apa kita nak, Allah bagi apa kita perlu :)

    ReplyDelete
  12. nice sharing..btul tu.rezeki ada banyak benda..kita kena hargai apa yg ada.

    ReplyDelete
  13. pesanan yg indah..tq sharing :)

    ReplyDelete
  14. Betul tu! Sharing yang menarik pesanan yang memberi makna 💯

    ReplyDelete
  15. In syaa Allah. Mudah-mudahan hati ni sentiasa bersyukur. Aamiin.

    ReplyDelete
  16. betul abam.. kena berbaik sangka dengan Allah jika apa yg kita nak tak dapat. adalah tu tersurat rezekinya

    ReplyDelete
  17. InsyaAllah.. Sentiasa bersyukur dengan apa adanya..

    ReplyDelete
  18. 100 % setuju. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. syukur alhamdullilah atas segala nikmat kurnia yang diberikan oleh Allah SWT. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.