Assalamualaikum. Buat pengetahuan rakan2 blogger, sebarang komen yang dituliskan di kotak komen akan tersiar secara automatic di blog Abam Kie. Cuma komen yg ditulis untuk entri yg berusia lebih drp 14 hari je yg akan dimoderasi atau ditapis. 

Tapi sejak dua menjak ni, ruangan komen blog Abam Kie dihujani oleh spam comments yg bertali arus spt oleh pengguna jahat bernama 'asd'. Sila rujuk foto di atas. Sekali penjahat ni tulis komen sampai 26! Siapa yg x seram kan?

Lalu Abam Kie mengambil keputusan untuk menapis dulu segala komen yg sampai kepada Abam Kie. Memang cuak la nak semak satu persatu komen yg tiba. Tapi dah terpaksa nak buat camner? X kusa Abam Kie nak kenalpasti komen daripada spammer durjana tu. Nak block satu2. Huh! Bazir masa aje.


Bila Abam Kie dah buat penapisan utk segala komen yg sampai maka komen daripada spammer durjana bernama 'asd' ni telah tiada. Huh! Baru tahu. Kecik2 x nak mampus, bila besar menyusahkan orang ramai je! Rupa2 asd ni memiliki dua blog perjudian atau nombor ekor. Kalau Abam Kie buat laporan kepada blogger adakah akaun ini akan diharamkan ke? Sila bagi cadangan apa yang abam kie harus buat….. Adakah kwn2 pernah mengalami masalah yg sama? Mohon berkongsi pengalaman dgn Abam Kie. Sekian. Terima kasih.