Monday, 27 April 2020

Kenapa saya berhenti menggunakan e-wallet?


E-wallet atau dompet elektronik sudah menjadi semakin popular di negara kita lebih2 lagi apabila kerajaan terdahulu memberikan duit bernilai RM30 kpd semua pengguna e-wallet berusia 18 thn ke atas. Abam juga tak terkecuali. Duit free siapa yg x nak kan? 

Kisah kali ini tentang faktor2 yg menyebabkan abam kie berjauh hati dengan e-wallet ni. Mula2 tu siap instal bagai apps e-wallet ni dlm HP. Teruja sakan nak guna. Tapi setelah sekian lama guna, last2 abe kie x menggunakannya lagi. Meh abam kie nak bagitahu kenapa abe kie geram dkt e-wallet ni.


E-wallet terawal yg abe kie guna ialah Boost. Abe Kie teruja nak guna Boost sebab fungsinya pelbagai. Antara fungsi yg selalu digunakan ialah beli top up, bayar bil utiliti, beli barang di kedai dan bagi duit kpd anak2. Pada masa tu selepas setiap transaksi cuma perlu goncang/shake hp kita tu. Lepas tu akan terpapar cashback yg kita dapat dari 20 sen sehingga rm2. Dengan cara ini, nilai kredit dlm Boost ini akan sentiasa bertambah! 

Tapi selepas Boost bertukar kpd sistem point maka abe kie menjadi tawar hati untuk terus menggunakannya. Bukannya apa. Sekali goncang cuma dapat point yg sikit je. Kdg2 tu x dpt apa2! Bila ia tukar kpd sistem ganjaran ni makin susah nak dpt cashback sbb kena tunggu point tu cukup sebelum dpt ditebus. Cuma yg bagusnya point ni boleh ditukar dengan mcm2 benda spt duit, top up, baucer F n B, barang elektrik dan pelbagai lagi. Cuma kena sabar menunggu la. Sekarang ni abe kie guna Boost cuma untuk bayar bil Air Kelantan je.


E-wallet kedua yg abe kie guna ialah Touch n Go. Pada awalnya abe kie tertarik sbb ia boleh hubungkan dgn kad fizikal T n G jadi mudah la nak semak baki dlm kad tu. Tapi keburukan e-wallet ni sbb x de sistem point. Cashback pun jarang dapat. Seingat abe kie la, cuma 2 kali je dpt selepas beli top up dan barang di mall. Pas tu senyap terus! Kalau x dpt apa2 bila guna benda alah ni, baik abe kie bayar guna kad kredit je. Yg pasti dpt 1 mata utk setiap ringgit yg dibelanjakan. Dok gitu?


E-wallet ketiga yg abe kie guna ialah GrabPay. Saja suka2 nak try. Mula2 guna tu teruja nak berbelanja sokmo sebab setiap kali buat transaksi pasti boleh point mengikut nilai perbelanjaan kita. Ia dah set dah. Makin tinggi perbelanjaan makin byk point. X mcm Boost yg ikut nasib je. Pas tu GrabPay ni ada rank atau pangkat mengikut nilai terkumpul point kita. Rank tersebut ialah Member, Silver, Gold dan Platinum. Makin tinggi rank, makin banyak point yg diperolehi bila berbelanja. Maka gigih la abe kie beli top up dan barang2 di TMG. Dalam 3 bln je dah dpt pangkat Platinum. Hah! See my level? Cuma syaratnya kena guna at least sekali sebulan supaya point tu x hangus. 

Tapi bila dah dpt title Platinum ni baru abe kie perasan rupa2nya Tipah tertipu, bang! Nape jd mcm ni? Rupa2nya rank Platinum tu hanya valid sampai Jan 2021 je. Ada gitu plak syarat2nya? Logik ke kalau cikgu tu dah di gred DG54 tetiba kena turun ke DG41 plak? Apa kes? Geramnya aku! Satu lagi yg abe kie x puas hati ni sebab penebusan point tu terhad kpd makanan dan minuman di outlet yg berada di mall bandar2 besar aje spt Baskin Robins, Tealive, dsb. Nak tebus beli top up pun x ada! Baucer utk KFC, Pizza Hut dan McD pun x de. Jd buat abe kie yg dok di pekan kecil ni merasakan mcm penebusan ganjaran tu terhad! Mcm tawaran tu utk org kotaraya je. Kalau buat penebusan duit dan top up mcm Boost pun OK sbb semua org guna duit n prepaid, kan? 
Jadi skrg abe kie berbelanja guna tunai atau kad kredit Mastercard Ikhwan Platinum keluaran Maybank je. Byk faedahnya spt pembelian 0% interest dan rebat tunai sebyk 5% pada setiap Jumaat dan Sabtu bagi pembelian di pasaraya dan stesen petrol. Kalau belanja rm100 dpt rm5 pd bulan seterusnya. OK kan tu?

Akhir sekali, kita kena bijak berbelanja terutama sekali pada bulan Ramadhan ni sbb byk duit habis utk beli makanan berbuka dan persiapan Aidil Fitri. Sekian. Terima kasih.   

30 comments:

  1. Menarik baca pengalaman abam kie. Memang susah nak jumpa apps ewallet yang betul2 menepati citarasa. So far saya guna grabpay je. Tu pun sebb selalu naik Grab

    ReplyDelete
  2. perasan jugak bila sendiri pakai ewallet.. menarik perkongsiaan kali ni

    ReplyDelete
  3. timm pun guna grabpay sebb guna grab, yang lain mmg xde sbb tak guna. buat rugi jer..

    ReplyDelete
  4. hiihih betul, applikasi ni kena tengok mana yang lebih beri manfaat dan mudahkah kehidupan, kalau tak buat penuh telefon je

    ReplyDelete
  5. Ilmu ni untuk PC walau tidak pernah gunakan khimat e-wallet.

    ReplyDelete
  6. so far saya hanya menggunakan TnG e-wallet jer, itupon sebab nak bayar tol untuk perjalanan pi keje. mmg takde ape2 pon yang dapat dr TnG e-wallet ni, memula dapat la cash back, pastu terus sepi seribu bahasa... mencik

    ReplyDelete
  7. sy install apps T&G sbb nak tebus e-wallet RM30.00 dulu tu je. pastu dah tak pernah guna e-wallet sbb byk juga baca review mcm ni drpd kwn2. betul tu abam kie, kita kena bijak berbelanja tambah2 di bulan ramadhan skrg ni.

    ReplyDelete
  8. Sha guna touch n go je.. Grab pun dah uninstall.. Tak best langsung.. sama macam abam kie lah, sha pun duduk pekan kecil je..

    ReplyDelete
  9. Saya pernah guna touch n go sahaja dan memang tak pernah dapat apa-apa :)

    ReplyDelete
  10. sama lah abamkie, dulu pun suka guna boost sebab boleh dpt cashback, skrg dh jrg. bertukar ke sarawakpay, rebat masih cash back cuma tak byk outlet guna. tu masalah juga. most of the time guna debit kad dah ni. tak sakit hati tertipu. takda ganjaran pun takpa. hehee. slmt berpuasa

    ReplyDelete
  11. Uishh, stressnya membacanya ye...saya buat e-wallet sebab duit govenr nak bagi duit haritu je...
    Thanks info...

    ReplyDelete
  12. Betul sangat bab penebusan ganjaran tu. Tak ada outlet berhampiran dengan kediaman. Mampu tengok je le.

    ReplyDelete
  13. banyak jugak dapat rebate tunai dgn kad debit tu... saya rasa...

    ReplyDelete
  14. Saya masih setia dengan Boost walaupun sistem point diorg skang mmg lambat bebeno nak capai jumlah untuk redeem cash.

    ReplyDelete
  15. Bagus perkongsian abam kie tentang e-wallet semua ni. setakat ni Aien cuma guna Boost je sebab masa pengagihan RM30 tu. kalau tak, tak ada faedah nak download e-wallet bagi seorang suri rumah. 😅

    ReplyDelete
  16. Saya guna boost dan tng e wallet. Boost buat byr bil unifi. Tng pulak buat bayar bil air.. Jrg buka dua dua e wallet ni. Bukka sekali sebulan je.

    ReplyDelete
  17. Wak pun tak kenal sape ewalit tu.

    ReplyDelete
  18. Ambo po samo cikgu. A,bo tak register pun ewallet. Ambo ni konservatif sikit tapi setakat RM30 free tu ambo tak kesah. Ambo tetap guna kad kredit CIMB untuk isi petrol dan debit May Bank serta maybak2u kalu nak beli gapo-gapo melalui atas talian..

    ReplyDelete
  19. Saya pun tak pernah guna hehehe :)

    ReplyDelete
  20. Jemput join contest

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  21. Saya setakat ni pakai touch and go tu ja. Kad kredit abe kie tu macam menarik ja?
    Sekarang ni sy pakai kad kredit maybank juga tapi takda la benefits macamtu.

    ReplyDelete
  22. guna e-wallet je. lain tak pernah try lagi

    ReplyDelete
  23. Saya pun pakai boost dulu sbb dpt coin, bila tukar point mcm tak best dah. Bila time PKP nie pun e-wallet dah mcm tak de fungsi, baik pakai card debit terus.

    ReplyDelete
  24. mama x penah guna lagi ewallet kecuali lazada punya.. yg lain malas la

    ReplyDelete
  25. sekarang guna touch n go tu je..senang nak beli barang sebenarnya, bila cash tak cukup, terus transfer ke situ..cashback pun dapat la jugak banyak kali..skang da tak guna la sebab tak berapa keluar musim pkp kan...

    ReplyDelete
  26. saya hanya pakai touch n go ewallet untuk apps dan games. manakala grabpay apabila menaiki grab.. not more than that

    ReplyDelete
  27. waktu ada promo, mmg best pakai ewallet. contoh macam TnG e wallet, dulu ada promo kalau spend RM60+ utk groceries etc, boleh dapat cashback rm8. pada sy mmg berbaloi hehe. ada masa jugak dalam RM4 diskaun utk Tealive. Sekali sekala, okay rasanya :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  28. menarik pengalaman abam kie nie....ok apa guna kad kredit.. Suami saya dapat memenuhi permintaan saya untuk dapat mixer dengan menebus point guna kad kredit.... jimat duit dia....hehehhe...

    ReplyDelete

Followers

Newsletter