Wednesday, 29 April 2020

Kelebihan berpuasa semasa Perintah Kawalan Pergerakan


Betapa penuh kasih dan rahmatnya Allah pada kita hambaNya yang selalu leka, Dia buka jalan untuk kita tak leka:

1) Berpuluh tahun tak habis habis polemik solat terawih 8 rakaat Vs 20 rakaat. Berbuih mulut ustaz bagi penerangan. Nah Allah suruh kau terawih di rumah. Ikut suka kau nak buat berapa. Mata kau tak sakit tengok orang siap 8 balik rumah sebab orang lain tak solat terawih kat rumah kau.

2) Berpuluh tahun tak habis polemik ' buat tazkirah antara solat terawih ' VS ' tak buat '. Nah Allah suruh kau terawih kat rumah, ikut suka kau nak buat tazkirah ke tak kat anak bini kau. Kau nak tazkirah ke, baca Al Quran ke, zikir ke, makan onde onde ke in between terawih, ikut suka kau.

3) Berpuluh tahun sibuk cari masjid / surau yang baca surah pendek masa terawih. Nah, Allah suruh kau terawih kat rumah. Ikut suka kau nak ulang surah surah pendek juz Amma, atau kau nak habiskan Al Baqarah satu rakaat. Terpulang.

4) Berpuluh tahun AJK masjid jenuh mengingatkan jemaah jangan parking kereta berterabur, block laluan, menyusahkan orang lain. Nah sekarang Allah suruh kau terawih kat rumah, motor kapcai kau pun kau tak guna biar park je.

5) Berpuluh tahun kau rosakkan pahala puasa sebab mata tengok aurat perempuan di bazar ramadan. Nah Allah nak jaga mata kau, bazar pun takda.

6) Berpuluh tahun kau membazir duit tergoda di bazar ramadan, beli makanan yang akhirnya kau tak makan. Nah Allah batalkan bazar ramadan, harapnya nafsu kau kalau pergi pun bazar drive thru / beli online adalah terkawal. Kalau ini pun kau membazir, baik kau mati.

7) Berpuluh tahun kau sibuk dengan kerja sepanjang Ramadan. Lepas terawih mata ngantuk, tau tau tido. Nah Allah paksa kau cuti sebulan duduk rumah ramadan ini. Kalau kualiti & kuantiti bacaan Al Quran kau tak makin baik dari tahun tahun sebelum ini, baik kau mati. Dulu kau nak tahajud lama lama pun fikir esok pagi nak pergi kerja, nah sekarang Allah paksa kau cuti. Tahajud lah lama lama sampai bengkak kaki, ataupun kau tersembam jatuh tertidur.

8) Berpuluh tahun setiap kali malam Aidilfitri kau sibuk masak lemang ketupat, kau sibuk alter baju raya last minit. Nah Allah batalkan sambutan Aidilfitri kau, supaya malam Aidilfitri kau taqarub kepada NYA :

“Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Siapa kata berpuasa Ramadan sepanjang PKP tak best?
Barangsiapa yang duduk di rumah sepanjang PKP, tak perlu keluar kerja, TOLONGLAH sambar peluang ini.

18 comments:

  1. Best juga sebenarnya puasa waktu PKP ni. Banyak benda boleh buat duduk rumah.
    Tak payah pergi kerja and banyak masa dengan keluarga.

    ReplyDelete
  2. Kemanisan PKP perlu dicari dan digali..bohonglah kalau PC kata tidak berasa apa-apa..apatah lagi seolah sudah terbayang Aidilfirti tidak dapat bersama-sama ibu bap adik beradik keluarga..namun dalam setiap doa tetap berharap semua ini segera Allah selesaikan dengan caranya yang paling indah.

    ReplyDelete
  3. Ya betul. Inilah bulan ramadan yang banyak masa boleh diluangkan di rumah. Tapi akan rugilah kalau masa tidak digunakan dengan betul. Ada orang meraikan ramadan dengan sekadar menahan lapar sahaja. Selebihnya sibuk dengan aktiviti menonton tv 24 jam dan sebagainya.

    Kena rancang bersama keluarga supaya aktiviti ramadan dalam rumah pun tak adalah bosan. Macam lepas terawih ada moreh dan sebagainya.

    ReplyDelete
  4. agree, best sangat dirumah..leisure gitu, pahala jemaah sama je.cuma keberkatan masjid dan suasana dirindui

    ReplyDelete
  5. best juga bulan2 puasa ni kena PKP...

    ReplyDelete
  6. rasa tenang puasa di rumah time PKP ni...hari ni dah start kerja balik..

    ReplyDelete
  7. betul abam kie, banyak hikmah, tapi manusia ni asyik jugak mencari alasan, tak dapat bazar la, x boleh shopping raya la, btw salam ramadhan abam

    ReplyDelete
  8. abam kie! this is the best post I have ever read so far anywhere!!!! I am lucky to be able to pray with my family and with my mother in law at her house... my MIL's house is 2 lorong dari my house... this has been the best moment. Nah!!! bertahun2 dok pi sembahyang masing2 jer nah Allah paksa kau x pi mana2 teman mak mentua kau sembahyang tarawikh (dia dok sorang).. rebut pahala berganda buat baik dekat mak mentua kau, teman dia masa dia tak berapa nak larat ni, berbual setiap kali makan malam dan berbuka puasa!!! Allahuakbar!

    ReplyDelete
  9. banyak hikmahny kebanyakan solat kami sekeluarga berjemaah.kalau x susah nak bejemaah.ada nk solat awal ada lamabat.aamin semoga lepas pkp pn masih sama

    ReplyDelete
  10. memang betul semua ni abam.. mama dah mula keje dah baru 2 hari. jemput semua join segment mama

    http://www.mamapipie.com/2020/04/segment-share-resepi-perintah-berkurung.html

    ReplyDelete
  11. Macam macam hikmahnya sempena pkp antara sedar atau tk je hehe

    ReplyDelete
  12. banyak betul hikmah puasa semasa pkp ni nampaknya kan?

    ReplyDelete
  13. betul abam kie, ada hikmahnya kali ini contoh macam saya yang kerja berulang agak jauh bila sampai rumah famili dah nak start makan dah tapi kalini dapat bersama dengan famili memang rasa agak tenang juga la

    ReplyDelete
  14. Paling best berterawih bersama keluarga dan tak ada pembaziran.. Makan seadanya.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  15. izzati pun bersyukur sangat sebab ada chance dapat terawih dengan family sebab dulu selalu buat dekat masjid je. terutama sekali abah yang dulunya sangat sibuk di tempat kerja. Allah tarik nikmat yang lain dan gantikan dengan yang lain pulak. Alhamdulillah. <3

    ReplyDelete
  16. Banyak hikmahnya sambut bulan Ramadhan time-time pkp ni

    ReplyDelete

Followers

Newsletter