Kalau ayah tak ambik berat, lelaki lain akan buat..

Sampai satu masa, anak perempuan akan datang perasaan segan dengan ayah. Ada sesetengah perkara yang dia rasa cuma boleh cakap dengan mak sahaja.

Selalunya masalah ni lagi kritikal kalau waktu kecilnya ayah jarang luang masa berkualiti dengan anak-anak perempuan.

Ada tak bermaksud ada.

Tubuh ada. Tapi main handphone, tak berbual, tak tanya khabar, tak peluk cium, tak ajar mengaji, takda buat aktiviti apa pun dengan anak.....sama macam tiada.

Anak-anak faham kalau ayah memang tiada di rumah. Tapi, kalau ada macam tiada, memang boleh mengundang bahaya.

Masalah kritikal ni lebih meruncing kalau sudahlah ayah jarang luang masa berkualiti bersama, anak cuma asyik ditegur dan dimarah. Mereka makin menjauh hati.

Simpan semua gadjet. Televisyen juga.
Banyakkan beraktiviti dengan anak perempuan. Main kad, bersukan, melukis, ajar anak baiki paip dan pergi pasar.
~ Supaya mereka tak cari aktiviti di luar rumah dengan orang lain.

Banyakkan memuji anak perempuan.
'Awak cantik'.
'Pandai masak nasi'.
'Suka tolong ibu'.
'Pandai jaga adik.'
~Supaya dia tak termakan pujian lelaki lain.

Banyakkan beli hadiah untuk anak perempuan.
Tudung, barang sekolah, mainan, barang keperluan.
~Supaya dia tak rasa ingin dengan hadiah dari tangan orang lain.

Banyakkan pegang tangan anak perempuan masa berjalan.
Di pasaraya, ke masjid, di atas jalanan, di tempat orang ramai.
~Supaya tidak lagi rasa perlu untuk dapat perlindungan dari lelaki lain.

Biasakan bergurau dan menasihati anak perempuan dengan kata-kata yang baik dan manis.
'Kakak wanita solehah'.
'Tutuplah aurat elok-elok'.
'Nanti malaikat lindung'.
'Allah sayang sebab kakak budak baik'.
~Supaya hatinya sentiasa diisi dengan tarbiah yang tak putus sebagai peringatan dari seorang ayah.

Biasakan teman anak perempuan ke tandas awam.
Tempat asing, stesyen minyak, rumah orang, pasaraya.
~Supaya dia rasa ayah sentiasa ada untuk jaga keselamatan dia.

Nampak macam dimanjakan dan tak pandai jaga diri sendiri.

Tapi ironinya...

Anak perempuan yang dekat dengan ayah selalunya lebih kuat semangat dan berani. Mereka tahu ayah mereka akan sentiasa jadi pelindung dan penyokong mereka yang paling utama.

Kredit : Siti Suryani Yaakop