Sama ada kita mahu atau tidak, perubahan zaman dan perkembangan teknologi telefon pintar memberikan kesan kepada pengusaha kedai gambar sekarang.

Trend menyimpan foto secara digital memberi kesan besar kepada perniagaan kedai cetak gambar hampir di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Pengurus kedai gambar Khalaf Jaya Enterprise, Syahirah Omar mengakui, perubahan zaman dan perkembangan teknologi telefon pintar memberikan kesan ketara kepada pengusaha kedai gambar apabila kehilangan ramai pelanggan.

“Sekarang ini orang muda sudah jarang mahu cuci (cetak) gambar. Biarpun masih ada (orang muda) datang mencuci gambar tetapi bilangan gambar yang mereka mahu cetak itu cuma sedikit. Contohnya mereka ada 1,000 gambar tetapi cuma lima atau 10 gambar sahaja yang akan mereka minta cuci dan cetak.

“Bayangkan dulu kami proses antara 100 dan 200 filem sehari tetapi sekarang ini orang ramai lebih cenderung mengambil dan menyimpan gambar secara digital. Situasi perniagaan kami berubah.

"Bagi operasi harian sekarang ini agak kurang menerima permintaan daripada pelanggan. Lebih kurang dalam 100 keping sahaja sehari.

“Orang ramai juga lebih suka merakam gambar menggunakan telefon bimbit kemudian minta cuci dalam saiz kecil sahaja,” katanya.

Trend orang ramai menyimpan gambar dalam telefon bimbit dan media sosial turut dirasai oleh sebuah lagi pemilik kedai gambar, Athirah Digital Photo.

Pemiliknya Sheema Said berkata, kebiasaannya dulu sesebuah keluarga akan berkumpul untuk bergambar di kedai gambar pada pagi raya pertama dengan memakai baju raya.

“Sekarang ini majoriti ada kamera sendiri jadi mereka boleh ambil gambar sendiri,” katanya.

Sheema dan rakan kongsinya, Mairan Abdul Rahman mengakui pendapatan perniagaan mereka kini jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu.

"Dahulu pendapatan kami bergantung kepada negatif filem pelanggan untuk dicuci, manakala kini ia lebih kepada perkhidmatan mengambil gambar pasport, visa, lesen dan sebagainya.

“Dahulu satu hari kita boleh dapat 100 rol negatif filem untuk dicuci. Kebanyakannya dihantar jurugambar perkahwinan, orang yang balik melancong dan sebagainya.

“Sekarang ini agak jarang untuk cuci gambar sebab imej yang dirakam disimpan di laman sosial, storan awan dan e-mel," katanya.

Sumber: Sinar Harian

19 Comments

  1. betul teknologi makin berkembang

    ReplyDelete
  2. sekarang memang da kurang orang nak cuci gambar..sy sendiri pun da berapa tahun tak pergi kedai cuci gambar, simpan dalam memory hp n google drive ja, nak cuci tu memang jarang

    ReplyDelete
  3. Ya Abam Kie, Kita cuci gambar untuk resume kerja sahaja. hehe. dan meminta kerja kosong. Epik kalau kedai ini akan di tutup pabila masa hadapan. huhu

    ReplyDelete
  4. cuci online je..nanti dia pos. Pixajoy ada...photobook ada..apa tah lagi apps yg ada boleh pilih. senang pun senang. murah pun murah

    ReplyDelete
  5. Saya cuci gambar lagi.Siap letak dalam album.

    ReplyDelete
  6. Suka atau tidak kita terpaksa akur dengan perkembangan zaman huhuhu...

    ReplyDelete
  7. nieyl merasa lagi zaman kodak-kodak ni abam kie...
    sebab masa tu nieyl je yang ada camera tu..kekeke..
    bawa pergi sekolah...amek gambar dgn kawan²..
    skrg ni xde dahh..semauanya digital..

    ReplyDelete
  8. Ya lah...sy rasa dh lama xcuci gmbar..dekat dh 10 tahun...prefer simpan dlm fon dan backup dlm hdisk je

    ReplyDelete
  9. Sangat-sangat betul..album juga semakin kurang mendapat perhatian kecuali yang masih setia dengan hardcopy..masih suka ambil gambar cuci kemudian susun cantik-cantik dalam album..

    ReplyDelete
  10. hmmm..memang semakin merundum bisnes analog ni..skang semakin menuju ke dunia digital sepenuhnya...

    ReplyDelete
  11. saya pun dah lama tak cuci gambar, kadang masuk kedai gambar pun sebab nak fotostat je..hehe

    ReplyDelete
  12. kedai gambar, kedai jam dan kedai kamera agak terjejas

    ReplyDelete
  13. Saya pun tak cuci gambar walaupun kerap travel ke luar negara.

    ReplyDelete
  14. Kedai gambar tempat saya tukar corak perniagaan.... Ambil tender konvokesyen universiti dan buka booth studio waktu konvo di universiti utk keluarga bergambar. Kedai hanya tempat proses gambar sebelum hantar ke graduan... Sikit2 je operasi pada sesiapa nak amik gambar studio dan pasport.. Masyuk jugak :)

    ReplyDelete
  15. Ada beberapa kedai gambar di Lembah Klang ni yang tutup terus

    ReplyDelete
  16. mmg ada niat nk cuci gmbr tp tu laa masalahnya, nak pilih gambar sikit punya byk daaa... btw kedai cuci gmbr jg perlu ada alternatif. maksud sy bukan sekadar tmpt utk cuci gmbr shj. mungkin boleh jd kelas fotografi? dr situ diorg boleh tambah pendapatan

    ReplyDelete
  17. zaman akan terus meninggalkan kita. demi untuk tidak ketinggalan, ikutlah peredaran masa. beradaptasilah dengan keadaan dan zaman teknologi dengan lebih cepat.

    ReplyDelete
  18. hakikat...
    saya sgt lama tak ke kedai gambar, sehingga lah bila anak2 nak exam & masuk skola darjah 1, gi la kedai gambar.
    snap gambar & saya beli softcopy nyer.
    sekadar beli jer, abamKie. tak cuci. sebab setiap tahun saya suka nak update gambar passport diorang.
    so, setiap tahun la gi amik gambar kat kedai.
    kedai gambar pun da tak byk, kan.
    mereka akan meluaskan bisnes dgn cara amik job utk amik gambar majlis, then offer utk gambar keluarga dgn harga yg marbeles, buatkan photobook...

    ReplyDelete
  19. Betul itu. Saya kamerapun tidak ada dah. Macam mana hendak hantar gulungan filem. Dahulu masa remaja selalu tangkap gambar dan kemudian hantar.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.