Assalamualaikum. Pada entri kali ini Abam Kie ingin menyambung senarai teknologi masa lalu yang sudah lupus. Jom kita mengimbau kenangan zaman remaja?

Tech From The Past #11: Wordstar


Masa Abam Kie study di UM antara tahun 1991 ke 1997 dahulu Wordstar adalah perisian yang digunakan untuk menaip surat rasmi nak minta sumbangan penaja bagi aktiviti2 di kolej. Lepas siap taip dan cetak kena save ke dlm floppy disk yang nipis tu. Masa tu monochrome je. Sama ada hitam putih atau hijau hitam. Kdg2 tu rasa sakit mata bila tengok skrin lama2. Hanya apabila Windows 95 diperkenalkan bersama Microsost Office barulah Wordstar ini lenyap perlahan2.

Tech From The Past #12: Diskette/Cakera liut


Sebelum kewujudan CD, DVD, Memory Card, Pen Drive dan Mobile Hard Disk yang bersaiz ratusan dan ribuan MB dan GB, disket atau cakera liut ini yang digunakan untuk menyimpan data, dan kapasitinya hanya lebih kurang 1MB sahaja!

Tech From The Past #13: Negatif film


Orang berumur awal 30an dan ke atas mesti pernah pakai negatif film atau yang biasa dipanggil Kodak ni. Malangnya kewujudan kamera digital dan storan yang besar menjadikan benda ini sudah tidak relevan lagi.

Tech From The Past #14: Friendster


Antara media sosial yang sangat popular satu masa dahulu yang sudah pun pupus. Kelebihannya berbanding Facebook adalah penggunanya boleh customize layout dan add script ntah apa2 sampai serabut.

Tech From The Past #15: Monitor CRT


Ada sesiapa yang masih pakai monitor CRT berskrin kaca cembung yang bapak berat siap dengan monitor filter?

Tech From The Past #16: Walkman dan kaset


Dulu nak beli kaset mampu tapi nak beli Walkman tak mampu, maka terpaksa pinjam Walkman kawan2 kat asrama untuk dengar kaset sendiri. Abam Kie hanya mampu beli walkman Sony bila masuk UM saja. Bukan x mampu tapi takut dirampas oleh warden kat SBP tu.

Tech From The Past #17: VHS Player dan Cassette


Antara masalah benda alah ni magnetip tape selalu tersangkut kat dalam, tape yang dah lama tak guna jadi sarang semut dan ada orang ter"record" cerita lain kat tape cerita kegemaran kita. Masa mula2 posting di Papar, Sabah pada 1997 video tape ni la yang jadi hiburan apabila x tahu nak buat apa dan nak pi mana.

Tech From The Past #18: Fotopages


Pernah suatu ketika dulu menjadi tempat para jurugambar tak bertauliah dan juga professional menyimpan gambar2 mereka termasuk Saiful Nang sebelum kewujudan Instagram, Flickr, Tumblr dan lain2 media sosial baru.

Tech From The Past #19: ACDSee


Software untuk browse gambar yang wajib diinstall kat PC suatu ketika dulu, tapi Abam Kie dah lupa apa sebenarnya yang penting sangat untuk install software ni.

Tech From The Past #20: WinZip


Dulu WinZip adalah software yang wajib diinstall. Kini memandangkan Windows sendiri dah boleh handle fail Zip, maka software ni macam dah takde point.

Tech From The Past #21: Myspace


Seperti mana Friendster, Myspace merupakan sebuah media sosial yang pernah popular kerana user boleh masukkan macam2 sampai serabut, malah user lain pun boleh spam dan inject macam2 script kat ruangan komen page orang lain. Selalu digunakan oleh pemuzik2 sebenar dan wannabe sebab boleh upload lagu untuk promote.