Telah ramai warga Malaysia memperkatakan tentang Bitcoin sejak akhir akhir ini. Mungkin kerana nilai harga dan permintaannya kini mencecah antara  *RM10,000++ hingga RM12,000++* berbanding _tahun 2016 baru mencapai lingkungan_ *RM2000++ hingga RM5000++* untuk 1 bitcoin, kenaikan yang sangat tinggi berbanding matawang dan coin yang lain. Oleh itu, abam kie ingin berkongsi pandangan tentang kelebihan kelebihan Bitcoin di sini.

1. Bitcoin memenuhi dan menepati teori asas ekonomi iaitu faktor bekalan dan permintaan (supply and demand factor).

Apabila “demand” terhadap Bitcoin naik, harga Bitcoin naik. Apabila “demand” kurang, harga akan turun. Begitulah sebaliknya. Tidak seperti matawang fiat atau barangan kawalan yang mana harga dan nilainya boleh dikawal oleh pihak berkuasa atau dimanipulasi oleh pihak pihak tertentu.

Tetapi Bitcoin tidak begitu. Bitcoin bersifat “community base” di mana segala maklumat transaksi “supply and demand” boleh diperolehi oleh mana mana individu yang ingin menganalisa maklumat tersebut. Maka, Bitcoin dilihat lebih telus dan berintegriti dalam penentuan nilai dan harganya.

2. Bitcoin tidak dikawal dan diselia oleh mana mana badan atau pihak.

Bitcoin bersifat “decentralized” yang mana ia menjadikan kesemua pemilik Bitcoin menjaga jaringan sistem tersebut. Ia bukan tidak dikawal, tetapi ia tidak dikawal oleh mana mana individu atau pihak. Contoh mudah, apabila kita membeli saham IPO atau mana-mana saham. Dapatkah kita ketahui sedalam dan secara terperinci setiap transaksi duit kita? Jawapannya tidak bukan? Bahkan kita tahu peluang dan ruang untuk mereka menipu adalah tinggi. “Creative accounting” dan “nak cashout saja” sudah menjadi terma biasa dalam perjalanan sesebuah syarikat.

Maka kerajaan terpaksa menubuhkan pihak ketiga untuk memantau dan menjaga sistem tersebut disebabkan kita tidak punya ruang dan peluang menjaganya. Tetapi, sistem Bitcoin yang bersifat “decentralized” telah menjadikan penggunanya bukan sekadar pemilik dan pengguna, bahkan sebagai autoriti terhadap sistem tersebut. Adakah ini tidak baik?

3. Setiap Bitcoin yang dikeluarkan adalah unik dan mempunyai jumlah yang terhad.

Pengeluaran Bitcoin akan berakhir apabila Bitcoin ke 21,000,000 dilahirkan. Dapat kita fahami apabila sesuatu pengeluaran bersifat terhad, ia akan menjadi sangat bernilai. Sudah pasti nilainya juga stabil dan kekal relevan.

Selain itu, kita dapat meyakini yang Bitcoin tidak boleh diwujudkan sesuka hati atau dipalsukan kerana setiap Bitcoin adalah unik. Tidak seperti duit kertas yang boleh dicetak sesuka hati. Kita juga tidak perlu takut dengan kewujudan Bitcoin tiruan kerana ia mustahil dihasilkan.

4. Bitcoin boleh dibawa ke mana saja dengan mudah dan selamat.

Jika kita ingin ke luar negara, kita perlu menukar matawang negara ke matawang negara lain yang kita ingin lawati. Terdapat beberapa masalah dan kerugian ketika proses tersebut.

Pertama, kerugian ketika pertukaran wang asing. Kerugian terhadap “rate” yang digunapakai oleh “money changer”. Jika menggunakan perkhidmatan bank, selain “rate”, fi servis juga dikenakan.

Kedua, jumlah yang boleh dibawa dibatasi oleh peraturan dan kemampuan untuk membawa. Peraturan melarang membawa keluar pada jumlah tertentu. Manakala, kemampuan mengangkut sejumlah wang dengan banyak bergantung kepada faktor keselamatan dan kepayahan.

Bitcoin pula hanya perlu dibawa dengan telefon bimbit sahaja. Ya, kesemua jumlahnya dibawa dengan mudah dan selamat. Kerugian tukaran wang dan fi servis dapat dikurangkan, bahkan dielakkan.

Bayangkan wang milik kita dikawal pihak lain untuk kita bawa. Dengan Bitcoin, tiada siapa boleh mengawal kita. Ke mana mana saja, bila bila masa, kita adalah bank untuk kita.

5. Semua orang boleh memiliki Bitcoin.

Selain daripada terus membeli Bitcoin di “exchanger” secara “peer to peer”, web dan individu secara berdepan. Semua orang boleh “melombong” Bitcoin. Tidak seperti melombong di dunia nyata, selain dari kos yang tinggi, kita perlu meminta kebenaran pihak berkuasa walaupun di atas tanah kita sendiri.

Tetapi sistem Bitcoin tidak begitu. Hanya berbekalkan ilmu, kuasa komputer dan internet, Bitcoin boleh dilombong oleh sesiapa sahaja. Kita tidak perlu memohon permit atau kebenaran. Kita boleh lakukan sendiri.

Kita juga tidak perlu risau tentang keselamatan, kerana Bitcoin adalah produk dari sebuah sistem hebat yang dipanggil Blockchain.

Bitcoin adalah ASET. Tahu tak apa aset? Macam rumah, tanah atau item item yang menguntungkan pada masa akan datang. Bukan saya cakap, FORBES yang cakap. Majalah EKONOMI yang diiktiraf satu dunia.

Satu dunia dah bercakap pasal bitcoin matawang baru dunia, siap dah ada huruf sendiri (Ƀ) untuk simbol matawang mcm USD $€£¥. Tu baru cakap pasal basic, belum detail detail lagi pasal regulator, mining dan banyak lagi la.

Pelan pelan kayuh orang kata. Yang penting MILIKI dulu baru belajar. Takut duk sibuk kaji sampai pandai harga dah cecah $10k sama dengan RM45k tu pun tak habis study lagi. Pastu sibuk percaya cakap orang. Yang ni scam la, Money game la. Tapi orang yang cakap tu duk camtu jaa tak pernah pun kaji benda ni. Depa pun dengar dari mulut orang lain. Sama gak orang lain tu tak pernah kaji apa pun. Akhirnya sampai kesudah dok camtu. Orang lain dah kedepan kita masih takuk ni. Pi tanya orang tu kalau kita susah, mau tolong ke. Entah entah jauhkan diri.

ZENITHGOLD membawa anda ke dunia terkini *BITCOIN*

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀