Assalamualaikum. Entri pada hari ini berkaitan dengan OG1Asean. Bisnes ini abam kie cuma menjadi ahli saja. Dan secara separuh masa saja dan bukanlah terlampau serius. Ini kerana banyak lagi komitmen yang lain yang lebih tertumpu.

Di sini abam kie nak kongsikan peluang biz Og1asean yang pulangannya amat menguntungkan. Untungnya dari segi point value (PV) sehingga 76% -116% mengikut kepada pakej yang kita pilih.

Seterusnya adalah rebat point yang diterima adalah setiap 7 hari. Maknanya di sini sebulan kita akan memperoleh 4 kali. Setiap minggu lebih kurang jam 6.00 hingga 7.30 pagi, point akan dikreditkan masuk tanpa sedikit pun tercicir. Dan kemasukan point tersebut terbahagi kepada dua. Di dalam dashboard terdapat 4 point, iaitu:-

a. Point Value
b. Point Pairing
c. Point Sponsor
d. Redeem Point Available

Point akan dikreditkan setiap 7 hari, 70% dimasukkan ke dalam Redeem Point Available dan 30% dikreditkan ke dalam Point Value. Point value adalah point yang boleh membayar segala bil ataupun topup. Juga boleh jual point kepada ahli untuk mendapat wang ringgit. Manakala di Redeem Point pula kita boleh jual ataupun withdraw kepada syarikat. Ini mengambil masa 3 - 5 hari bekerja dan dicaj 5% untuk mendarat ke dalam akaun kita. Itupun kalau kita mahu mendapatkan wang ringgit semula.

Yang bagusnya rebat yang diterima adalah syarikat sudah pecah siap-siap. 30% membayar bil manakala 70% withdraw ke bank. Apabila rebat point telah terima dan menunggu sehingga sebulan, terus saja abam kie membayar bill Astro dan juga bil air Kelate. Yang bagusnya Og1Asean ini ada perkhidmatan membayar bil air. Majoriti setiap negeri ada bil air dari Og1Asean. Dan pembayaran pula tidak ditetapkan amaunnya. Contoh jika kita klik pay, selalunya akan naik amaun tetap seperti RM30, RM40, genap sehinggalah maksimum dan angka belakang mesti kosong. Tapi di Og1Asean, kita boleh membayar bill hanya klik Other Amount, boleh tulis sendiri amaun kita seperti RM43, RM59 dan sebagainya. Contohnya jika bil kita RM42.35, kita boleh terus tekan RM43 untuk membayar bil. Cukup mudah.

Point 70% adalah dibolehkan untuk withdraw. Cukup untuk kita gunakan seharian seperti duit minyak, makan dan sebagainya. Minimum withdraw adalah RM350, manakala maksimum sebanyak RM5,000. Dan tiada hari tertentu untuk withdraw. Boleh lakukan setiap hari jika sudah mencapai minimum RM350. Dan dari sini abam kie gunakan sebagai wang saku untuk kegunaan seharian.

Jika ada downline, bonus akan diterima. Dan jika dijalankan bisnes ini secara aktif, lebih banyak point akan diterima dan akan dimasukkan ke dalam Point Pairing atau Point Sponsor. Itu bagi yang aktif, bagi yang tidak aktif seperti abam kie yang cuma makan secara pasif saja, itupun dah cukup untung. Point pula dikira sebagai RM. Satu point dikira Satu ringgit. Bukannya dikira sebagai dolar. Itupun sudah mudah bagi kita untuk menganggar jumlah yang kita ada. Dan kontrak kita bersama Og1Asean ini adalah selama 48 minggu.

Lepas setahun kita boleh renew balik. Semua pakej bermula dari Pakej 1 sehingga Pakej 6, semua kontrak adalah sama. Cuma amaun modal saja yang lain. Lagi besar modal kita keluarkan, lagi besar pulangannya.

Bagi kes abam kie, bermula modal kemampuan iaitu Pakej 2, sebanyak RM1380. Dan Alhamdulillah, setiap 7 hari point  telah dikreditkan dan dimasukkan di dalam e-wallet. Bagi Pakej 2 ni, setiap minggu akan dimasukkan sebanyak RM48.12. Dan terus pecah kepada dua bahagian, 30% di dalam Point Value iaitu sebanyak RM14.44 untuk wajib kita membayar segala bil dan 70% dimasukkan di dalam Redeem Point Available sebanyak RM33.68 yang membolehkan kita untuk withdraw tukar kepada wang. Jika nak bayar bil juga, boleh transfer ke Point Value, dan baru boleh membayar bil. Itu baru hanya seminggu, jika sebulan boleh darab dengan empat.

Point Value yang dimasukkan ke dalam e-wallet setiap minggu

Dalam tempoh abam kie membayar bil, Alhamdulillah. Mudah dan cepat, tiada masalah. Hanya klik di dalam hand phone saja. Sebelum tu, kena download dulu  aplikasi Og1Asean untuk membolehkan kita menggunakannya. Boleh download  di Google Play Store. Bukan setakat membayar bil saja,  topup di dalam mana-mana nombor pun boleh. Mudah.

Bisness ini mudah. Umpama beli tapak menggunakan modal kita, dan setiap seminggu ada pulangannya. Padahal kita hanya duduk saja. Macam beli rumah, sewa kepada orang. Dan orang akan membayar kepada kita apabila dah cukup bulan. Tapi jika kita aktif ataupun meluaskan network kita, pelbagai bonus yang menarik kita akan dapat. InsyaAllah. ada modal kita akan tambah lagi.

Kepada sesiapa yang ingin join Og1Asean, boleh klik SINI untuk maklumat lanjut. Tak rugi pun jika ingin mencuba. Jika terasa agak kurang yakin, boleh join Pakej 1, hanya bermodalkan RM460 saja. Bila dah dapat kredit setiap 7 hari dan terasa yakin, boleh tambah akaun lagi.

Sesuailah sebagai permulaan tambah 3 akaun sekaligus terus. Ini kerana boleh mendapatkan bonus tajaan dan pasangan. Kemudian bolehlah kita aktif mencari network untuk tambahkan pendapatan kita. Og1Asean in the best!