Saya mengenali saudara Izman Pauzi sejak 2008 lagi. Semasa itu kami adalah antara blogger lelaki yang aktif menghasilkan entri blog saban minggu. Biarpun cuma mengenali di alam maya hubungan kami memang akrab kerana kami adalah antara blogger lelaki di usia GegarVaganza yang masih aktif menulis.

Sebelum raya lalu abam kie BW ke blog Izman. Tiba2 tertengok sebuah buku yang kulit dan tajuknya memang menarik. Wah! Rupa2nya kawan saya ini telah menghasilkan sebuah buku yang mengumpulkan entri2 lama beliau mengenai kisah sehari-hari beliau sebagai pengurus sumber manusia di sebuah kilang di Shah Alam. Kisah2 yang berkisar tentang sesi temuduga pekerja baharu, pekerja yang kerap ambil sijil sakit, pekerja yang dipecat kerana menghalang laluan kereta boss dan lain2 cerita benar yang menarik.

Buku yang bertajuk 'Tolong Jangan Sentap" ini boleh dibeli secara atas talian di website Alaf21, anak syarikat Karangkraf. Harganya cuma RM15 tidak termasuk kos poslaju. Macam abam kie yang membeli terus dengan Saudara Izman ni mendapat pengecualian kos pos. Sekiranya kawan2 berminat untuk membeli buku 'Tolong Jangan Sentap' ini boleh saja menghubungi beliau di talian 018-2678719 manakala blog beliau boleh diakses di http://izzi-income.blogspot.my/.

Jom kita membaca hasil tulisan rakyat tempatan!