Apa yang dimaksudkan dengan SUPIK BOCOR? Di Kelantan, supik bocor bermaksud beg plastik yang bocor atau tiris airnya. Dalam konteks amalan kita, supik bocor membawa maksud seseorang itu yang membuat amalan kebajikan, sunnah dan sebagainya tetapi pada masa yang sama membuat dosa dan amalan mungkar! Tidakkah itu dinamakan perbuatan yang sia-sia? Jom kita hayati tazkirah ini. Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis.

Hati2 dengan supik bocor..

Kamu ambil wudhuk dgn sempurna tapi membazir air..
(Supik bocor)

Kamu solat, sedekah, baca Quran, pergi haji n umrah banyak kali tapi kamu membuat fitnah tentang orang..
(Supik bocor)

Kamu beri byk sedekah kat org miskin tapi kamu mempergunakan dan melukai mereka..
(Supik bocor)

Kamu bangun tahajud, puasa dan taat pada Allah tapi kamu putuskan tali silaturrahim dengan keluarga..
(Supik bocor)

Kamu puasa dan sabar dengan ujian lapar dan dahaga tetapi kamu bersumpah, mengganggu, mengacau dan tak boleh kawal marah kamu..
(Supik bocor)

Kamu pakai abaya dan tudung tapi minyak wangi kamu bau kuat..
(Supik bocor)

Kamu muliakan dan layan baik tetamu kamu tapi bila dia balik, kamu cakap belakang pasal semua kekurangan dia..
(Supik bocor)

Kamu berkorban kesenangan kamu demi anak dan suami tapi kamu merungut setiap masa membuatkan mereka rasa bersalah..
(Supik bocor)

Kamu doa mohon keampunan, Allah beri kamu sakit, kamu mula merungut buat org sekeliling kamu tertekan (sedangkan sakit pengampun dosa)..
(Supik bocor)

Jangan kamu kumpul semua amalan baik kamu dalam supik bocor. Kamu berusaha mengisinya tapi dengan senang ia jatuh tumpah ke bawah!

Ya Allah, bantulah dan ampunilah kami yg sering alpa ini..Aamiin
Muhasabah buat diriku sendiri.

22 Zulhijjah 1436H...

5 Comments

  1. Allahu...betulkan niat..putihkan hati..moga kita bukan dari golongan itu..

    ReplyDelete
  2. Mohon 'kopi' ye Abam Kie. Tazkirah yang sangat menginsafkan.

    ReplyDelete
  3. Mintak kita bukan dalam golongan itu... Salam Maal Hijrah..

    ReplyDelete
  4. mesti dielak jadi supik yg bocor...merugikan tu

    ReplyDelete
  5. asalam ..semoga kita terhindar dari merungut..terbaik perkongsian ni ya

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.