Abam Kie memiliki dua telefon bimbit iaitu telefon pintar dan telefon cap ayam. Telefon cap ayam abam kie adalah seperti di atas tu. Murah je harganya iaitu RM100. Mengapa abam beli hp murah ni sedangkan sudah memiliki hp Asus Zenphone 5? Mudah je jawapannya. Telefon jenama SBM ni kecik dan ringan serta mudah dibawa ke mana2 kerana kelasakannya. Nak gi masuk hutan pun boleh bawa. 



Bila ada handphone perlulah ada simcard kan? Susah juga nak pilih talian prabayar yang bersesuaian kerana telco sekarang ni menawarkan pelbagai pakej dengan keistimewaan yang tersendiri. Selepas window shopping akhirnya abam membeli kad sim Digi dengan harga RM8. Talian kedua ni sebagai alternatif sekiranya hp utama tu rosak atau hilang. Jadi kepada sesiapa yang nak call atau sms abam bolehlah mendail no 016-2582290 sekarang! Talian ini tidak ada Whatsapp. Harap maklum.