Selepas banjir kuning akhir tahun lepas talian telefon rumah dan Streamyx tergendala kerana masalah teknikal. Kekadang tu ia okay kejap..pas tu rosak balik. Jadi abe kie kena buat panggilan ke talian 100. Selepas pulih kejap, ia rosak balik. Tension la mcm ni sebab kena telefon ke 100 selalu untuk buat aduan. 

Akhirnya pada minggu lepas, abe kie pergi ke kedai telekom untuk menamatkan perkhidmatan telefon dan streamyx. Sehari kemudian line streamyx telah diputuskan namun perkhidmatan telefon masih ada tetapi  no tel rumah abe kie tu telah berubah! Pelik tul. Entah no siapa yg abe kie guna ni? 

Anak2 pula mengeluh kerana x boleh berinternet. Abe kie kata itu patut agar mereka boleh menumpukan perhatian kpd akademik. Sementara mendaftar talian streamyx baharu abe kie beli pass broadband kat anak2. abe kie plak beli pas internet di telefon bimbit. hmm....dapatlah check msg di whatsapp, wechat dan fb tu. Kalau nak update blog kena guna line wifi di sek gak.

In Shaa Allah, pada minggu ini abe kie akan daftar talian baharu streamyx. x tahan rasanya bila x leh bertenet dan BW ke blog kwn2 ni. Apa2 pun bila line streamyx pulih abe kie akan maklumkan kpd kwn2 sekalian. Sehingga itu abe kie nak tidur dulu... zzzzzz