Assalamualaikum kawan2 yg dirahmati Allah sekalian. Abe Kie juga antara mangsa banjir yang melanda Kelantan pada Disember lalu. Air memasuki rumah Abe Kie sehingga paras lutut. Sebahagian barang2 di dalam rumah seperti buku, pakaian, pinggan mangkuk, kasut dan sebagainya ditenggelami air. Penat juga abe kie dan isteri membersihkan rumah kami itu. Mujurlah kami dibantu oleh adik Abe Kie dan anak2 kami. Alhamdulillah selepas lebih sebulan, rumah abe kie hampir kembali pulih seperti biasa.

Kawan2 lelaki Alumni SMACH90 iaitu batch Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan SPM 1990 telah menganjurkan kempen mengutip derma kepada ahli2 yang dilanda musibah banjir. Pada malam minggu lepas, Presiden Alumni, Bob Sirajul Ahmad dan Bendahari Alumni, Zamahshaari Abdul Ghani telah berkunjung ke rumah Abe Kie bagi menyampaikan sumbangan derma daripada kawan2 yang lain. Alhamdulillah dan terima kasih kepada kawan2 zaman remaja abe kie yg sudi mengumpul dana kepada mangsa2 banjir dikalangan kami. Hari ini hari abe kie, mungkin hari depan abe kie pula akan membantu kalian. 

Sesungguhnya persahabatan dan ukhwah sesama ahli Alumni SMACH90 akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Aamiin..