Assalamualaikum, 

Pada minggu lepas abe kie ditag oleh Yun Sing, tuan punya blog http://lifeisgreatwithme.blogspot.com. Oleh kerana abe kie bz dgn persiapan raya n ibadah pd bln Ramadhan, maka pada hari ini abe kie berkesempatan menjawab soalan2 maut berkenaan. Sila baca ya?

Soalan-soalan :-

1. Pencapaian dalam hidup ini yang anda rasa sangat patut dibanggakan?
- Apabila berjaya menyelesaikan pengajian B.Ed. TESL di Universiti Malaya pada thn 1997.

2. Lagu yang best?
- To Sir With Love by Lulu

3. Perkara paling nakal yang pernah dilakukan?
- Mandi kat atas pentas semasa di sekolah menengah dulu. Biasa la kat SBP x de air sokmo. Atas pentas tu ada tangki jadi kat situ la kami mandi.

4. Apakah kelebihan diri anda?
- Boleh menjaga tiga org anak perempuan secara bersendirian.

5. Apakah yang memberi inspirasi kepada anda untuk menghasilkan blog?
- Komen n follower yg dtg. Tanpa dua item ini pasti sy mengalah.

6. Pendapat anda tentang blog ini?
- Simple, yet informative

7. Apa perasaan anda bila kena tag?
- Terasa diri ini masih ada yang sayang dan ingat! Heheheh..Perasan la tu.

8. Cita-cita/kerjaya anda dan kenapa memilih cita-cita/kerjaya tersebut?
- Pada mulanya nak jadi Perancang Bandar n Wilayah kerana dpt A1 dlm Geografi masa SPM tp rezeki abe kie dlm bidang perguruan di UM. Jadi guru pun OK gak

sbb masa kerja pendek n banyak cuti!

9. Apakah itu makna hidup untuk anda?
- Bila ada org yg masih menyayangi diri ini seadanya.

10. Bufday bulan mana? :D
- Mei

11. Manusia yang anda pernah jumpa dan tak boleh lupa sampai hari ni kerana perkara pelik yang dilakukannya. Cer cite sikit xD
- Bekas pensyarah English Literature di Fakulti Sastera n Sains Sosial, UM dulu yg dtg ke kampus naik basikal n mengangkut basikalnya ke tingkat 3 krna takut hilang. Namanya Phillip Louis rasanya.