Assalamualaikum kawan-kawan yang dikasihi sekalian. Umum sudah mengetahui akan kewajiban menunaikan Rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat. Namun begitu ada di kalangan kita yang masih lalai dalam melaksanakannya termasuklah Abe Kie. Hmm...zakat fitrah memang dibayar setiap bulan Ramadan cuma zakat wang simpanan ini yang Abe Kie lewat sikit menunaikannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada masa sekarang ada pelbagai saluran untuk umat Islam menunaikan zakat harta benda, emas, perniagaan dan sebagainya seperti kaedah potongan gaji, bayaran tunai, cek, kad kredit atau debit dan bayaran terus kepada asnaf yang lapan. Tapi Abe Kie memilih kaedah bayaran secara online menggunakan kad kredit di laman web Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan kerana ia amat mudah. 

Sebelum pembayaran zakat dilakukan, Abe Kie mengira kesemua baki terkini wang simpanan Abe Kie dan anak-anak kecuali di Tabung Haji. Apabila jelas sudah cukup haul dan nisabnya maka pengiraan zakat wang simpanan sebanyak 2.5% dilakukan. Bagi tahun kewangan 2013 jumlah zakat yang dikenakan ialah RM739.09. Tak banyak kan jika dibahagikan kepada 12 bulan.... 

Pembayaran melalui atas talian ini selamat kerana pihak bank akan menghantar TAC ke telefon bimbit kita. Jadi hanya kita yang berhak membuat bayaran. Selepas bayaran dijelaskan, pastikan anda mencetak resit pembayaran itu dan simpan di dalam komputer. Macam Abe Kie lebih suka buat back up di Dropbox. Just in case anything happens, right?

Ayuh kawan-kawan bloggerku yang dihormati sekalian, tunaikan zakat anda sebelum terlambat kerana zakat itu dapat menyucikan harta kita agar ianya lebih berkat. The more we give, the more we get back, right? In sha Allah.