Assalamualaikum. Mulai tahun ini abe kie akan memberikan hadiah kepada 10 pengomen tegar di blog Abe Kie: Style, Quality, Excellence. Abe Kie baru aje memasang widget pengomen terbanyak untuk mengenalpasti ranking mereka. Hadiah akan diberikan pada 31 Disember nanti. Jenis hadiah akan ditentukan kemudian. Sejujurnya Abe Kie amat berterima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi meninggalkan komen di blog picisan ini. Tanpa kalian apalah blog ini. Sepi dan usanglah ia ditelan masa. OKlah, cakap banyak tak guna. Jadi teruskan meninggalkan komen di blog abe kie pada waktu terluang. Kepada mereka yang tersenarai dalam Top 10 di atas, kekalkan prestasi anda, OK? Kepada yang lain teruskan bersaing dengan mereka. In Sha Allah, segala penat lelah kawan-kawan itu akan membawa hasil yang lumayan. I love you all.....