Kemahiran memandu kereta adalah syarat wajib bagi semua lelaki dan wanita berkerjaya pada hari ini. Tetapi saya perhatikan masih ada segelintir kawan-kawan wanita yang masih tidak tahu memandu kereta dan masih mengharapkan suami untuk menghantar mereka ke mana-mana. Ini tentu menyusahkan suami mereka kerana suami mereka juga ada hal dan destinasi masing-masing yang ingin ditujui. Tetapi ada juga suami yang tak kisah asalkan isteri mereka selamat. 

Saya ambil contoh rakan di tempat saya kerja. Dia berulang dari rumahnya ke sekolah sejauh 30km. Anak-anaknya juga bersekolah di sini. Isteri dia tak tahu memandu. Ada suatu hari tu dia diserang gout dan terlantar di rumah selama 3 hari. Maka 3 hari jugalah anak-anaknya tidak ke sekolah. Kesian dengan mereka. Mujurlah waktu itu bukan musim peperiksaan. Kalaulah anak2nya bersekolah berdekatan atau isterinya pandai memandu maka dalam siatuasi kecemasan sebegini isterinya dapat menghantar anak2nya ke sekolah. Namun ada juga kawan saya yang x nak memandu kereta kerana faktor penglihatan dan trauma dengan kemalangan dulu. Jadi suami merekalah yang menghantar mereka ke sekolah. 

Teringat kes bekas ibu mentua saya. Semasa hayat bapa mentua, ibu mentua ini dihantar ke sana ke mari sekiranya dia hendak ke mana-mana. Tetapi apabila bapa mentua meninggal 6 thn lps, ibu mentua ini terpaksa belajar memandu kerana dia x mahu menyusahkan anak2nya untuk ke masjid atau ke kedai. Pada usia itu usianya 58 tahun. Jadi saya rasa sekiranya faktor terpaksa maka kaum wanita akan belajar memandu dan mampu ke mana2 tanpa menyusahkan kaum lelaki. Apa pendapat kwn2 tentang perempuan yang x tahu memandu dan mengharapkan suami menghantar mereka ke mana2? Jawab jangan tak jawab!