Lili sedang menunjukkan isyarat 'peace' kepada Daddy sebab tunaikan hasratnya.

Anak keduaku, Nur Alis Dalili sudah genap 7 tahun pada 17 Januari lalu. Jadi dia menuntut pelbagai hadiah sempena hari penting dalam hidupnya itu. Pertama sekali dia inginkan sebuah basikal. Lalu aku kata bila dapat duit bantuan murid sekolah RM100 tu maka aku aku akan beli la basikal tu. Kakak dia yang di Tahun 4  juga nak satu. Tak apalah, sekali-sekala aku belikan mereka basikal. 

Pada petang hari lahirnya aku membelikan sekotak pensil warna jenama Stabilo kepadanya dan terus pesan agar dia tidak membawa benda itu ke sekolah sebab takut hilang. Biasalah budak-budak tidak tahu menjaga barang-barang.

Kemudian pada malamnya aku dan anak-anak serta keluarga kakakku pergi ke restoran KFC di Machang, Kelantan untuk menikmati makan malam. Berselera sungguh kami makan sehingga 12 ketul ayam yg dipesan habis belaka. Sebenarnya aku jarang-jarang membawa mereka ke restoran makanan segera kerana ini bukannya tabiat makan yang bagus.

Cuma aku terkilan kerana 30 biji kek cawan coklat lembap yang aku pesan dengan rakan di SMK Sri Intan belum siap kerana anaknya yang pandai membuat kek itu masih berada di Seremban. Minggu depan baru dia akan hantar pesanan itu ke rumahku.

Sesungguhnya hari lahir Lili disambut secara sederhana selaras dengan hasrat kerajaan untuk berjimat-cermat dan membeli benda-benda yang perlu sahaja.