Awas...!!

Sedang saya menikmati tutti frutti saya..... Tiba-tiba datang seorang kanak-kanak lelaki Melayu dalam lingkungan umur 8 tahun. Duduk di sebelah meja saya dan berkata:

“Pakcik.. ..Mahal tak ice-cream tu? Dia ada jual sikit-sikit tak?”

Saya jawab: “Kalau adik ambil banyak, kenalah bayar lebih.

Beliau terus mengajukan soalan demi soalan, tapi saya mendiamkan diri. Mungkin anda anggap saya sombong atau angkuh.. Mungkin ada yg berkata: “Ala, max ice-cream macam tu pun nak berkira.. Belikanlah aje kat budak tu.."

Sebenarnya rakan saya dah terkena. Beliau didatangi oleh budak seperti ini, dan beliau belanja dia tutti frutti.. Duduk berbual dengan budak tu, dalam masa 5 minit, 2 lelaki berusia mendekati dia dan berkata,

"Awak culik anak saya ye?"... Budak tu pun berkata: “Ayah, ni lah pakcik yg suruh saya naik kereta dia..”

Pendekkan cerita, rakan saya diugut supaya bayar RM1,000 kalau tidak hendak perkara itu dilaporkan pada polis.. "Ayah" budak itu siap tunjuk laporan polis yg dibuat yang mengatakan anak dia hilang dan diculik. Untuk tidak kecoh, rakan saya ke mesin ATM dan membayar RM1000 kepada ayah budak tu. Mereka hilang setelah mendapat duit itu.

Ini adalah cara baru warga kota cari duit di KL ketika musim cuti sekolah ini. Oleh itu saya berhati- hati dan tidak melayan budak itu. Bukan saya kedekut tapi mengapa budak 8 tahun berjalan seorang diri dan datang tanya kat saya pasal ais krim..? Heran bukan? Jadi berhati-hatilah wahai pembaca blog Daddy Zuki sekalian!

39 Comments

  1. Kena hebahkan kisah ini. Kakak baru terbaca di sini. Thanks for the info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kak zakie. Skrg ni byk sindiket guna budak2 utk minta sedekah n peras ugut...hati2...

      Delete
  2. Terima kasih atas info tuan. Moga kita semua dapat pengajaran daripada pengalaman tuan & rakan tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. sharing is caring. keep coming back and happy blogging!

      Delete
  3. macam too pon ada ker. bahaya tol

    ReplyDelete
    Replies
    1. segalanya mungkin skrg bro! kena hati2 tu...

      Delete
  4. kalau gitew... harus disula bapak dan budak itu sekali..

    huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @maza: abe setuju sgt tu...biar kedua2nya dihukum di khalayak ramai..

      Delete
  5. makk aii.. ish teruknya macam tu. gunakan budak2 untuk dapatkan duit. moga kita semua dijauhkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Mia Liana: alah akak mia, skrg ni org2 jahat buat mcm2 utk dptkan duit..termasuklah guna budak2 yg x cukup umur lagi...sedih tul//

      Delete
  6. Allah akan bagi balasan kepada semua pihak tu, kesian kawan ustaz tu....tak apa rezeki dimana2 di bumi tuhan ni...moga kawan ustaz sabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @etuza: tq sbb panggil sy 'ustaz'. Masa sy ngajar di Papar dulu budak2 panggil saya begitu juga biarpun sy ni 'sir'! Kwn sy tu dah Ok cuma dia sedih la sbb terkena mcm tu..

      Delete
  7. bahaya kalo camtu.
    kita nak buat baik tapi orang ade plan jahat pulak kat kita.
    tak tolong nanti orang kata.
    tolong jadi benda lain pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Nick Nashram: abg setuju tu..sukarnya mencari org yg jujur skrg ni. dlm berhati2 tu masih lg terkena..

      Delete
  8. Bahaya jugak tu,
    dont worry daddy,
    nanti sy masukkan link blog daddy dalam bloglist sy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @ahsfantasy24: thanks ahs krna telah letakkan link blog daddy...skrg ni mmg byk kes peras ugut mcm ni...jaga2

      Delete
  9. thanks bro for info..kami seisi keluarga kadang2 singgah juga tutti frutti ni..fuhh,macam2 cara skangni nak scam people ya?Kalau saya,saya sanggup ke balai polis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Eyriqazz: yes. sy rasa cara bro tu yg paling selamat. kalau gi ke balai polis sure penjenayah itu x berani..baru mrka tahu langit tinggi @ rendah...

      Delete
  10. macam-macam dunia sekarang.. bahaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Cik Lady: huhuhuhu..mcm2 cara org nak cari duit cara mudah. apa2 pun kita kena beringat...

      Delete
  11. pergh! bahaya tu...ada juga teknik camni yew..thanks for the sharing~

    ReplyDelete
  12. itu menunjukkan si mangsa (yang kena Pau pun ada masalah dgn POLIS). kalau tidak, cabar je Bapak budak tu pergi buat laporan mana-mana Balai Polis yang berdekatan.
    Jangan Takut, pihak Polis sentiasa selangkah di hadapan berkenaan kes-kes penipuan semacam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous: I setuju tu. Berani kerana benar kan? Negara kita ada undang2 jd serahkan kpd pihak berkuasa utk menyelesaikannya...

      Delete
  13. ini macam pun ada..adoi..kita kena hati²lah..moga kita senantiasa dilindungiNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. @cikgu Naman: InsyaAllah, kita dijauhi dari penjenayah2 yg x berhati perut mcm ni...Amin...

      Delete
  14. macam cara org nak menipu..budak2 yg tak berdosa jd mangsa..kene waspada ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @kak nora: Org skrg ni mengambil kesempatan diatas kelemahan org lain. Jadi kena jaga2 jgn sampai diperas ugut sebegini..

      Delete
  15. tq share. Report polis ajelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Kesuma: sama2. sharing is caring. dah report kat polis pun.

      Delete
  16. Ada juga yg buat kes macam nih?? Ada baiknya ambil gambar budak tu dgn bapak2 dia sekali dan buat report polis balik....derang kaki tipu sanggup buat mcm2 hal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm proses nak tangkap sindiket anak-beranak ni...percayalah kpd PDRM kita...

      Delete
  17. This is scary!!! Ye la, kena tuduh culik anak orang is very serious! Gosh, thank God I have never even stepped inside the outlet and try the ice cream hehe...tak mampu lagi masih belajar ehhe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. never mind. when u start teaching u can go there anytime u like. criminal nowadays have all sorts of tactics to fool the gullible people..

      Delete
  18. Bila baca entri ini, saya baru tahu ada kes macam ni. Manusia zaman sekarang macam-macam cara peras ugut untuk dapatkan duit.

    ReplyDelete
  19. macam-macam jenayah sekarang ni. kalau budak-budak datang minta derma kat saya kat area shah alam memang saya tak kan layan. sebab ramai sangat. kecuali makcik jual kerepek. saya suka beli kerepek kat makcik-makcik tu. kalau boleh nak borong semua. tapi kena tengok poket dulu la. hehe

    www.qiyasaad.blogspot.my

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.