Assalamualaikum. Pada bulan lepas Abam Kie membeli kad sim Hotlink di Shopee. Pelan itu ialah Hotlink Prepaid Pantas. Apa yang menjadi fokus utama pada pelan ini adalah penawaran tempoh aktif selama setahun – sekaligus membolehkan pengguna membeli data dan menggunakannya untuk tempoh yang lama. Sebenarnya Abam Kie cukup tertarik dengan ciri tempoh sah selama satu tahun tu. Jadi tak perlu la nak topup RM5 setiap bulan bagi memastikan talian sentiasa aktif. Cuma bayar RM30 untuk tempoh sah 1 tahun!

Abam Kie guna pelan ni untuk tablet Lenovo ni je. Bukan selalu guna data sebab sudah ada Unifi di rumah dan wifi di sekolah. Tapi sekiranya wifi di sekolah tu offline atau slow, barulah Abam Kie guna data di tab ni. 

Satu lagi sebab Abam Kie beli kad sim ni sebab ia mula dgn 012. Mengikut kata seller tu sudah 2 tahun Hotlink tak mengeluarkan no 012 ni. Sekarang ni baru ada semula. Jadi dengan pantasnya Abam Kie sambar no yg cantik pada harga RM15 sahaja. In Shaa Allah, no ini akan kekal.

Melalui penawaran pelan ini, ia menawarkan data sebanyak 20GB pada harga RM30, atau 8GB pada harga RM15. Pengguna turut boleh mendapatkan data 1GB pada harga RM2. Semua ini hadir dengan tempoh sah internet selama setahun.

Apa pun, dalam memastikan SIM aktif, pengguna turut perlu membayar RM30 setahun.


Pelan ini mungkin sesuai untuk sejumlah peranti berhubung yang memerlukan internet, tetapi tidak menggunakan data yang tinggi. Selain itu, ia juga mungkin sesuai untuk peranti kedua pengguna.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran pelan Hotlink Prepaid Pantas ini hari ini di laman rasmi Maxis.