Pada bulan lepas semasa membaca akhbar Kosmo, Abam Kie tertarik untuk membeli dua buku keluaran Mediamulia Sdn Bhd yang diiklankan di dalam akhbar berkenaan. Sekiranya ada masa lapang, pasti Abam Kie akan habiskan dengan membaca buku, majalah atau akhbar. 

Jadi tanpa melengahkan masa, Abam Kie membeli akan ceritakan tentang buku-buku yang dipesan dari akhbar berkenaan. Buku yang pertama ialah KOLEKSI KISAH SERAM: APABILA LAMPU DIPADAM. Buku ini mengumpulkan kisah-kisah seram yang disiarkan dalam akhbar Kosmo! dan Mingguan Malaysia. Harga buku ini cuma RM25 (tidak termasuk pos).

Antara kisah-kisah menarik di dalam buku ini ialah:

• Misteri wanita berkebaya di tepi lebuh raya
• Bunyi ketukan dari kubur selepas pengebumian
• Puntianak di jambatan Sungai Pinggan
• Siapa jiran aku selama ini?
• Misteri penumpang malam
• ‘Penumpang’ di Bukit Bauk sudah sebulan meninggal dunia
• Misteri penghuni tingkat 18
• ‘Turunkan saya di kubur bang ...’
• Syaitan pelaris dijamu sisa makanan
• Disihir gara-gara pinangan ditolak

Buku kedua yang Abam Kie order ialah DARI MAHKAMAH SYARIAH: MAHLIGAI AIR MATA. Buku ini memaparkan koleksi kisah benar dari Mahkamah Syariah yang disiarkan setiap hari Sabtu dalam akhbar Kosmo! Kesemua kisah yang diutarakan berkisar akan kegagalan rumah tangga samada berpunca dari suami, isteri, mentua atau pihak ketiga. Sangat sedih bila membaca kisah kegagalan rumahtangga ini kerana Abam Kie pun turut sama mengalaminya. Mujurlah kisah hidup Abam Kie tidak tersiar di mana2 media cetak mahu pun elektronik. Selamat....

Antara kisah menarik ialah seperti berikut:

• ‘Maduku’ seorang lelaki
• Isteri akui dihamilkan orang usai akad nikah
• Isteri reunion hingga ke bilik hotel
• Isteri melacur demi nafsu, wang
• Suami kemaruk seks luar tabii bahana video lucah
• Suami ‘layu’ digoda janda Siam kedai tomyam
• Rumah tangga bergoncang, isteri terpikat rakan sekerja
• Suami ‘layu’ digoda janda Siam kedai tomyam
• Suami terpikat adik angkat, isteri makan hati  

Harga: RM20 (tidak termasuk pos) dan boleh dibeli di http://shop.mediamulia.com.my. Abam Kie order 2 buah buku terus jadi dapatlah harga RM40 sahaja. Kos pos pula RM8 melalui Citylink. Abe Kie order hari Sabtu. Isnin petang tu dah sampai buku2nya. Cepat juga!

Jadi apa tunggu lagi? Cepat order buku2 itu sekarang! Kalau habis pasti menyesal!