Selaku pengundi berpengalaman, izinkan aku bagi 'unsolicited advice' kepada pengundi baru:

1. Undi anda berharga.

2. Mana-mana parti akan cuba pengaruhi pendakwaan (AG). Bukan kehakiman (hakim).

3. Mana-mana parti akan lantik menteri sampah (Adham, Rina, Waytha, Mat Sabu, Ketapi).

4. Takkan ada parti yang akan mengaku dia salah & parti lain betul.

5. Semua parti akan bagi projek kepada kroni. Bezanya besar atau kecil saja.

6. Tol tak akan percuma melainkan kerajaan sanggup bayar berbilion kepada syarikat konsesi.

7. Balak akan tetap dibalak.

8. Parti politik tak akan sentuh payung kuning - bukan sebab tak mahu, tapi sebab takut hilang populariti & hilang undi.

9. Mahathir tak akan sokong Anwar jadi PM, melainkan ada jalan keluar yang selamat untuk anak cucu dia.

10. Sarawak akan sentiasa di bawah Taib.

11. Kerajaan tak boleh kawal harga barang yang tiada dalam senarai barang kawalan. Grow up. Yang boleh kawal harga ialah yang letak tanda harga pada barang. Kalau dia letak harga mahal pun, kerajaan tak boleh nak sumbat dia masuk jel.

12. PTPTN ialah hutang yang perlu dibayar.

13. Jadilah anak watan yang berdikari bukan parasit yang harapkan wang saku daripada parti politik. Jika anda harapkan wang saku RM50 & 21,113,233 orang pengundi berdaftar lain pun harapkan wang saku RM50, maka RM1.055 bilion perlu dibelanjakan untuk wang saku semata-mata.

14. Ahli Parlimen & ADUN bukan Pengarah JKR yang boleh arahkan JKR baiki jalan. Jika ahli politik boleh arahkan JKR baiki jalan maka tak perlu ada Pengarah JKR. Ahli Parlimen & ADUN hanya boleh minta, desak, tulis surat. Anda pun boleh minta, desak, tulis surat.

15. Ahli Parlimen tugas dia untuk wakili kawasan anda di Parlimen. Bukan wakil parti dia di Parlimen. Sebab itu dia dipanggil dengan nama kawasan (Pasir Salak).

16. ADUN tugas dia untuk wakili kawasan anda di DUN. Bukan wakil parti dia.

17. No. 15 & 16 tidak berlaku di Malaysia.

18. Siapapun yang anda undi, takkan ada yang mampu basmi rasuah dalam penguatkuasaan. Ini kerana anda sendiri tak mahu ahli politik kawal penguatkuasa - nanti jadi Putin, Idi Amin, atau Pinochet.

19. Tukar kerajaan pun tapi warlord badan kerajaan & penguatkuasaan tak bertukar.

20. Tapi undi anda tetap berharga kerana perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah.

SELAMAT MENGUNDI!

Kredit kepada https://twitter.com/RimauXI