Assalamualaikum. Sebagai umat Islam, kita disunatkan bersedekah kepada masjid-masjid sebagai pahala yang mengalir semasa kita di alam barzah dan akhirat nanti. Sesungguhnya, infaq, wakaf, sedekah dan sumbangan yang kita berikan itu adalah pelindung dari siksa kubur kelak.

Dulu ramai orang yang memberikan alasan sukar untuk bersedekah kepada masjid kerana perlu pergi ke masjid berkenaan yang mungkin berada jauh dari rumah mereka. Contohnya, saya tinggal di Kelantan tapi ingin menderma kepada sebuah masjid di Sabah. Kini masalah jarak dan masa tidak lagi menjadi halangan untuk kita bersedekah kerana applikasi Sujood membolehkan kita umat Islam bersedekah melalui telefon pintar sahaja! Jika tidak yakin dengan applikasi tersebut, boleh saja menderma melalui pautan masjid berkenaan yang disediakan di www.sujood.net. Sila lihat paparan di bawah. Kita boleh bersedekah kepada masjid pilihan kita melalui perbankan internet dan kad debit atau kredit sahaja. Tidak perlu lagi menggunakan wang kertas seperti lazimnya.

Sekarang Abam Kie nak jelaskan kelebihan yang kita dapat apabila menderma dengan menggunakan applikasi Sujood ini. 

1. Derma Digital

Inisiatif ini membolehkan kita menderma secara dalam talian. Jadi tiada wang kertas yang terlibat. Mudah kan?

2. Boleh Menderma 24 Jam atau 365 Hari

Sedekah boleh dilakukan 24/7. Bangun pagi boleh sedekah. Sambil tengok TV pun boleh sedekah!

3. Derma Ketika Berkelana

Jika kita tinggal di kota, kita boleh membantu orang kampung dengan menderma dari jauh. Dengan kata lain sedekah kita untuk masjid di kampung akan sampai.

4. Kongsi Pautan Kepada Kenalan

Kita boleh perkenalkan apps Sujood kepada rakan taulan sebagai satu cara untuk membuat amal dengan mudah. Sambil itu boleh je kongsi pautan masjid-masjid pilihan kita kepada rakan-rakan.

5. Derma Berterusan

Usaha sedikit tetapi konsisten adalah amalan disukai oleh Allah. Jadi bila kita nak menderma tu biarlah sedikit tetapi sentiasa menderma.

6. Tidak Ada App Masih Boleh Derma

Setiap masjid/surau yang menyertai Sujood.net ada link sendiri jadi ini memudahkan kita untuk menderma kepada masjid atau surau yang kita minati.

7. Tidak Perlu Isi

App akan tolong 'auto-complete'kan pengisian maklumat penderma jadi kita penderma tidak perlu mengisi kembali setiap kali ingin menderma. Mudah kan?

8. Transaksi Dicatit

Semua derma kita akan dipaparkan di app selepas pendaftaran akaun.  Jadi kita para penderma boleh 'keep track' setiap derma yang kita telah lakukan.

9. Derma Secara Rahsia

Bila kita menderma melalui app Sujood maka secara automatiknya kita dapat merahsiakan derma kita dari diketahui orang ramai.

Ada orang ramai yang menanyakan beberapa soalan tentang app Sujood ini. Antara soalan-solan yang dikemukakan ialah:

1. Sudah ada berapa buah masjid dalam Sujood?

Alhamdulillah setakat 31 Ogos 2022 terdapat 94 masjid/surau yang tersenarai. Pihak admin berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak masjid dari semasa ke semasa.

2. Apa kelebihan sedekah ni?

Terlalu banyak kelebihan yang Allah telah janjikan kepada kita. Diantaranya ialah:

1. Derma Allah akan ganti (Surah Al-Isra, ayat 87)

2. Sedekah hapuskan dosa (HR. At-Tirmidzi)

3. Keberkatan hasil sedekah itu luas (Surah Al-Baqarah, ayat 261)

4. Bantu ahli keluarga yang telah meninggal dunia (Sahih Bukhari, 1388)

5. Didoakan oleh malaikat ganti (Sahih Bukhari, 1442)

6. Sedekah benteng api neraka (Sahih Nasaii, 2552) 

3. Bagaimana nak masukkan masjid saya di dalam Sujood?

Sila emelkan hasrat masjid anda beserta gambar surat pendaftaran masjid dengan pihak majlis agama negeri kepada salam@sujood.net

4. Adakah Sujood mengenakan sebarang caj kepada pihak masjid?

Sujood tidak mengenakan caj kepada pihak masjid.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas. Boleh hubungi admin di salam@sujood.net.

 Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang applikasi Sujood ini, bolehlah semak pautan di bawah:

Facebook: https://www.facebook.com/sujoodappofficial

Instagram: https://www.instagram.com/sujoodapp/

Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCQnBftbE_cT0_YQtxu8Ne9A

Emel: https://sujood.net/hubungi-kami/ 

Atau cara yang paling mudah untuk mengalami pengalaman menderma dan bersedekah yang efisyen adalah dengan memuatturun applikasi Sujood di Google Play dan App Store. Anda pasti akan bersyukur dengan kemudahan yang ada ini. Cubalah sekarang!