Assalamualaikum. Entah apa yang merasuki ku hingga aku membeli HP baharu? Niat asalnya nak tukar HP pd thn 2023 apabila memasuki 5 series. Tapi entah kenapa pada petang 30 Mei 2022 lepas, laju aku menuju ke kedai HP berhampiran rumah tu. Niat asal nak beli jenama Realme 9 Pro 5G. Tapi kat kedai tu x de stok plak! Kena pre-order dulu. Dah la kena order, harga plak naik RM100!

Kebetulan salesgirl tu offer Samsung A53 5G plak. Tu pun last unit available. Harga mahal la sikit drp brand China tapi kira berbaloi la jugak dgn RAM16GB dan storan 256GB. Smart phone pertama aku beli pada 2012 dulu pun jenama Samsung. Kira mcm sirih pulang ke gagang la ni kan? Hehehe...

Harga HP ni RM1849. Pas tu kena beli charger asing berharga RM79. Mujurlah kabel dibekalkan. Kedekut tu Samsung skrg! Lepas tu aku beli screen protector depan dan belakang berharag RM79. Akhir sekali beli casing RM15. Hmmm....patutlah org kaya2 je pakai Samsung skrg. Kita yg M40 ni mampu pakai brand China je la nampaknya. 

Inilah selfie pertama yang aku ambik di kedai tu menggunakan HP Samsung A53G ni. Nampak cerah dan terang dengan kamera utama 64MP. Dah hampir 10 hari aku guna HP ini. Yg bestnya tempoh mengecas tu memang pantas. Cuma yg x best signal Maxis ni kurang kuat diterima dgn Samsung ni berbanding dengan Oppo Reno 4 yang aku pakai dahulu. Tu je yg x best. Yg lain OK.

Oh! Ya... sesiapa yang nak beli HP Oppo aku yg lama boleh la DM untuk perbincangan harga. Mok saya maroh kalu sayo jual mahal! Hehehe....