Assalamualaikum. Sedar tak sedar usia Abam Kie sudah hampir senja. Cepatnya masa berlalu. Tanggal 19 Mei 2022 hari Khamis, Abam Kie genap 49 tahun. Seperti biasa abam kie buat sambutan kecil2an je. Selalunya sambut dengan keluarga di rumah. Cuma tahun ni kita sambut di sekolah la pulak bagi meraikan rakan2 sekerja. 

Abam Kie siap tempah 2 biji kek dengan Cikgu Zek. Satu untuk dimakan di sekolah manakala satu lagi untuk dibawa balik ke rumah. Ketupat palas juga siap ditempah dengan ibu pelajar. Tak banyak. Cuma 50 biji aje.

Maka pada pagi Khamis lalu kami guru2 lelaki pun meraikan ulangtahun kelahiran Abam Kie yang ke 49. Tahun depan akan masuk 5 series. Huhuhu. Jamuan ala mudah je. Minuman belum sampai lagi tu. Dalam gambar di atas tu dari kiri Cikgu Rusmawi, Cikgu Zafni, Sir Marzuki, Cikgu Latfi dan Ustaz Zulmajdi. Dalam bilik guru ni ada 10 orang je guru lelaki. Jumlah semua guru lelaki termasuk pengetua adalah 20 orang je. Jumlah semua guru 90 orang. 


Abam Kie sertakan sekali klip video sambutan hari lahir tempohari buat tatapan rakan2 blogger. Nanti boleh la anak2 dan cucu tengok apabila Abam Kie sudah tiada lagi. Semakin berkurangan umur ini, Abe Kie sentiasa berdoa agar diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Biasalah, bila dah berusia ni penyakit sudah ada, jadi apa yang mampu dibuat cuma mengawalnya daripada melarat. Aamiin. 😍👄