Assalamualaikum semua. Pada hari ini Abam Kie ingin berkongsi Resepi Kuewtiau Sup Fishball. Caranya mudah sahaja. Begitu juga dengan bahan2nya yang senang dibeli di pasar. Jom kita tengok bahan2 dan cara2 membuatnya! 😀
Bahan-bahan
1 ketul isi ayam + sedikit bahagian tulang
1 pek kuewtiau dicelur sekejap dan toskan.
1 pek kecil fishball dibelah dua.
1 pek kecil fishcake - dihiris nipis.
Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan air dalam periuk dan rebus isi ayam dan tulang sampai mendidih dan campaklah fishball dan fishcake kedalamnya. Takde tumis apa-apa okeh. Tambah garam secukup rasa atau masukkan 1 kiub pati ayam kalau sudi. Kacau dan tutup api.
2. Ehhh dah siap dah.
Cuma nak best kena makan ni dengan minyak bawang putih dan juga cili kicap. Nak buat pun mudah yakmat aih.
Minyak bawang putih:
Hiris 1 labu bawang putih. Masukkan minyak dalam kuali dan masukkan terus bawang putih dan barulah hidupkan api paling perlahan. Kacau sesekali sampailah bawang bertukar kekuningan dan matikan api. Jangan sampai bawang bertukar perang keemasan yer. Siap.
Cili Kicap:
Bakar seulas bawang putih dan masukkan ke dalam bekas. Potong cili ikut kesukaan, lepas tu letaklah kicap banyak mana yang suka. Perah sedikit limau.
Siap.
Hidangkanlah kuewtiau tadi bersama si ayam yang dicarik, fishball dan fishcake, ihirisan daun bawang dan daun sup bersama sayuran seperti sawi atau taugeh.
Letaklah minyak bawang putih dan cili kicap sesedap rasa.
Makanlah, hiruplah dan nikmatilah dengan penuh rasa bahagia.