Assalamualaikum. Satu keputusan besar yang Abam Kie ambil ialah membeli kereta baharu untuk anak sulung, Dalilah, yang baru sahaja lulus ujian memandu pada awal Disember 2021. Sebenarnya kelas memandunya tertangguh kerana PKP. Sepatutnya selepas tamat SPM 2020 dia dah boleh mula belajar memandu pun. Tapi itulah, kita merancang, Allah yang menentukan.

Bila dia mendapat lesen D percubaan, abam kie terus survey katalog Perodua Axia yang ada. Hanya model ni je yg mampu milik. Abam Kie juga menelefon beberapa orang salesman. Akhirnya Abam Kie ambil keputusan untuk booking dengan kawan lama, Din, yang bekerja di Pusat Jualan Perodua Taman Kota Harmoni, Tanah Merah. Booking pada akhir Disember.

Tempoh menunggu ni lama juga. Sampaikan anak2 pun kecewa dan suruh batalkan tempahan. Tapi abam kie suruh mrka bersabar. Lecehlah jika nak batal dan apply yg baharu. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya pada 14 Mac 2022, Abam Kie pergi ke pusat jualan Perodua tersebut untuk mengambil kereta Axia tersebut.

Setelah mendapat kereta baharu tersebut anak2 pun kerap la keluar jalan2. Kini jika anak2 perlukan apa2, mereka boleh pergi keluar dan beli sendiri. Tak perlu suruh Abam Kie gi beli. Kakak pun sudah boleh diharap mengambil adiknya balik dari sekolah. 

Kadang2 tu timbul rasa gusar apabila anak memandu kereta ke destinasi jauh. Satu hari tu mereka pergi ke AEON Mall Kota Bharu yg terletak 52km dari rumah. Syukurlah mereka selamat sampai ke rumah.

Mahu tak mahu, abam kie kena lepaskan anak memandu kereta ke mana tempat yang dia mahu. Practice makes perfect. Cuma kena sentiasa mendoakan mereka dijauhi daripada segala musibah dan kemalangan. In Shaa Allah, selamat.