Assalamualaikum. Terkadang semasa melalui jalan-jalan sempit di Tanah Merah ini, Abam Kie akan terlihat dahan-dahan pokok yang menjalar memasuki jalan menyebabkan jalan itu semakin sempit untuk dilalui. Sekiranya menaiki motosikal tidaklah menjadi isu yang besar, tapi jika memandu kereta memang kena berhati2lah semasa memandu. Apatah lagi jika kereta itu besar dan masih baharu! Sayang kan jika tergores atau tercalar nanti?

Kalau Abam Kie la, selagi boleh akan cuba elakkan melalui jalan2 yg sempit angkara dahan pokok yang memasuki jalan. Cuma apa yang bermain di minda sekarang di manakah nilai keprihatinan penduduk2 di sekitar jalan yg sempit tu? Tiada siapakah yang sudi mencantas atau memotong dahan yang terjulur ke dalam jalan tu? Kenapa mereka tidak melakukan apa2? Buatlah amal jariah sikit! Sedangkan Rasululullah pernah bersabda menyuruh orang mengalihkan batang kayu yang merintangi jalan!

Jika jalan tu dekat dengan rumah Abam Kie, memanglah abam kie akan pi potong dahan2 tu. Kalau jauh, abam kie x masuk campur la. Cuma abam kie berdoa penduduk2 di sekitar jalan terbabit akan memotong dahan tu. Semoga mereka mendapat sedikit pahala. 

Semoga kita peka akan jalan2 yg rosak dan dedahan pokok yang menghalang laluan kita. In Shaa Allah.