Assalamualaikum. Malaysia dicanang sebagai negara yg mempunyai bilangan penduduk yang paling tinggi mengalami masalah obesiti atau kegendutan di ASEAN. Iyolah kan, bila berjalan2 di bandar, pasti terjumpa orang yg obese atau chubby ni. Kalau yang boroi tu lagilah ramai termasuklah Abam Kie. Hehehe... 

Biasalah kan... penambahan berat badan berlaku seiring dengan penambahan usia. Masa remaja abam kie kurus melidi. Bila dah berusia ni memang jelas nampak montel tapi cute kan? 

Jadi pada entri kali ini, Abam Kie ingin berkongsi 8 cara terbaik untuk mencegah obesiti. Harap baca dengan teliti dan amalkannya... Orait?

1. Pilih makanan kurang kandungan gula dan lemak.

2. Makan dalam kuantiti yang kecil setiap kali mengambil makanan.

3. Kurangkan masa penggunaan gadget, gantikannya dengan aktiviti riadah.

4. Minum air yang secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

5. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

6. Elak ambil makanan yang berat sebelum tidur dan lewat malam.

7. Pantau berat badan anda sekali seminggu.

8. Lakukan senaman secara tetap dan berkala.

Semoga kita semua akan cuba mengamalkan tips yg tersenarai di bawah dengan jayanya. Jangan cuma baca sahaja tapi buatnya tidak. Kita pasti dapat mencegah obesiti itu. In Shaa Allah.