Kereta lembu
Dari Melaka
Ditarik pula oleh
Lembu perkasa

Hah… kereta lembu
Rodanya dua
Jalannya tak laju
Sejam sebatu

(korus)
Mari oh mari
Kita naik beramai-ramai
Pergi bertemasya
Mandi Safar di pantai

Hah… itulah dia
Pusaka datukku
Pasti kan ku jaga
Setiap waktu

(ulang dari mula)

Assalamualaikum. Apabila sdra Fairus Mamat menganjurkan giveaway buku kereta lembu, teringat Abe Kie akan lagu 'Kereta Lembu' nyanyian Helen Velu yang selalu didengar semasa kecil-kecil dulu. Jadi terasa nostalgia kejap. Lagu yg simple dan mudah diingat. Melaka memang sinonim dengan kereta lembu. Pada zaman 60an orang2 di Melaka naik kereta lembu untuk mandi Safar di pantai. Tapi skrg ni tak ada la acara mandi Safar tu sebab itu kepercayaan syirik.

Baiklah sesiapa yg nak join GA ini boleh aje klik banner di atas ye. Ada 2 buah buku untuk dimenangi. All the best.