Assalamualaikum. Pada bulanMac nanti kita akan isi e-filing kan? Meh, saya tunjukkan cara saya simpan resit untuk LHDN.

1. Kumpul semua resit hari ini, tampal di A4 , guna glue stick lagi mudah.

2. Photostat setiap helai A4 tadi dan kepilkan dalam fail yang sama kerana resit jenis ini akan mudah kabur tulisannya. Nak tunggu bulan terakhir buat e filing income tax tahun depan, tentu dah tak nampak tulisan di resit itu.

3. Simpan A4 tadi dalam fail khas. Letak di tempat mudah nampak sebab resit mungkin ada setiap hari. Setiap kali tengok fail mesti ingat nak simpan resit.

4. Ulang proses 1,2,3 tadi setiap hari jika ada.

Gagal membuat kerja remeh seperti di atas tidak mengapa, kita cuma perlu bayar tax lebih sahaja 🤭

Kredit : Razila Hamzah