MASALAH berat badan berlebihan barangkali adalah hal biasa yang dialami kebanyakan daripada kita tetapi ada juga yang berdepan situasi kadar timbangan kurang.

Golongan ini sentiasa mencuba pelbagai cara untuk menambah berat badan seperti makan lebih banyak dan kerap namun ia tetap sukar dicapai.

Sebenarnya untuk menambah berat badan bukan sekadar makan banyak tetapi terdapat beberapa jenis makanan yang dapat membantu termasuklah;

1. Susu

Sejak beberapa dekad lalu, susu telah digunakan sebagai pengambilan untuk menambah berat badan atau membina otot. Susu mampu memberikan keseimbangan protein, karbohidrat dan lemak baik serta merupakan sumber kalsium, vitamin dan mineral.

Bagi mereka yang berusaha membina otot, susu adalah sumber protein paling baik malah penyelidikan telah membuktikan ia juga mampu menaikkan jumlah jisim pada tahap lebih baik berbanding sumber lain.

Cuba minum antara satu hingga dua gelas susu setiap hari dengan tambahan makanan yang lain atau boleh diminum sebelum dan selepas bersenam.

Smoothie susu juga kaedah terbaik - bagi mendapat rasa yang enak, cuba campurkan satu cawan beri, dua sudu teh madu dan satu sudu teh vanila (275 kalori).

2. Nasi

Nasi adalah sumber karbohidrat yang mudah dan murah untuk membantu menambah berat badan. Dengan hanya 158 gram nasi putih mampu memberi 240 kalori, 44 gram karbohidrat dan sedikit lemak.

Bagi menambah keenakan dan khasiat pada nasi, makanan bersama protein seperti ikan atau ayam serta tambahkan sayur-sayuran.

3. Daging merah

Setiap 170 gram daging stik, mengandungi lima gram leusin iaitu asid amino yang diperlukan tubuh untuk merangsang sintesis protein otot dan menambah jaringan otot terbaharu.

Daging merah juga mengandungi 456 kalori dan hampir 49 gram protein. Selain itu, daging merah adalah salah satu sumber kreatin semula jadi terbaik dan suplemen otot terbaik.

Pertimbangkan untuk memilih potongan daging yang lebih berlemak bagi yang ingin menambahkan berat badan.

4. Avocado

Avocado kaya dengan lemak sihat selain kalori menjadikan ia antara makanan kategori cukup baik bagi mereka yang ingin menambah berat badan.

Sebiji avocado mempunyai 322 kalori, 29 gram lemak dan 14 gram serat. Ia juga kaya dengan vitamin dan mineral.

Bagi menambah kesedapan, tambahkan aprikot dalam hidangan utama anda seperti salad, omelet serta sandwich. Paling enak adalah roti bakar avocado.

5. Coklat gelap

Coklat gelap dengan 70 peratus koko biasanya dapat membantu menguruskan hormon tekanan serta kadar gula dalam darah selain ia mempunyai antioksidan.

Ia mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser, peradangan, tekanan serta diabetes jenis 2.

Setiap 100 gram coklat gelap dengan 60-75 peratus koko memiliki sekitar 600 kalori. Ada pelbagai cara menikmati coklat hitam selain makan begitu sahaja.

Ini termasuklah mencampur dalam bijirin sarapan pagi atau sebagai minuman coklat panas.

6. Keju

Seperti coklat, keju juga tinggi kalori dan lemak. Dalam 28 gram keju chedar, ia terkandung 110 kalori dan tujuh gram protein.

Bagaimanapun, keju tinggi kolesterol dan lemak tepu. Jadi pengambilannya perlu secara sederhana agar ia tidak mendatangkan masalah lain kepada kesihatan.