Assalamualaikum. Mungkin ramai yang belum tahu bahawa Abam Kie dijangkiti Covid19 pada bulan Ramadhan lepas. Abam Kie mula demam pada hari Jumaat, 4 Ramadhan 1442H bersamaan 16 April 2021. Keesokan harinya Abam Kie pergi berjumpa doktor di Hospital Tanah Merah. Namun demam tak sembuh2 gak menyebabkan Abam Kie pergi berjumpa doktor lain di Klinik Kesihatan TM 21/4/21 (Rabu). Masa ni dah hilang deria rasa. Masa iftar dan sahur cuma minum air dan kuih aje. 

Pada 22/4/21 (Khamis) Abam Kie pi swab test di Klinik Kesihatan Daerah TM. Pada pagi Ahad, 25/4/21 seorang jururawat telefon dan memberitahu bahawa Abam Kie telah dijangkiti virus Covid19. Terkejut sakan. Mujur bulan puasa jadi Abam Kie banyakkan bersabar sambil berzikir sikit. Pada tengahari tu juga ambulan menghantar abam kie ke Hospital Jeli. 

Sempatlah duduk di HJ sampai jam 10 malam sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu kerana Abam Kie ada penyakit sedia ada. Maka bermulalah penderitaan dalam wad selama 10 malam iaitu 4 malam di wad ICU, 4 malam di wad biasa dan 2 malam di wad pemulihan. Abam Kie cuma dibenarkan pulang ke rumah pada petang 5 Mei 2021 (Rabu). Isteri yg datang ambil. 

Pada keesokan harinya Abam Kie mula sambung puasa Ramadhan seperti biasa. Oh! Lupa nak maklumkan bahawa Abam Kie mula tidak puasa dari hari buat swab test tu iaitu 22/4/21 sehinggalah hari keluar wad tu iaitu 5/5/21. Kesemuanya 14 hari Abam Kie terpaksa tak berpuasa pada Ramadhan lepas. Hampir separuh bulan tu...    

Maka bermulalah cabaran qada' puasa pada bulan Syawal lepas. Mula2 abam kie buat puasa sunat Syawal dulu. Memanglah lebih afdhal abam kie qada' puasa wajib tu dulu. Tapi bila fikirkan bilangan puasa yg perlu diqada' tu banyak hari maka abam kie buat yg sunat dulu sbb puasa 6 Syawal ni x boleh buat pada bulan2 lain kan? Qada' puasa tu akan dibuat sebaik sahaja setel posa 6. Iyolah kan, hutang wajib dibayar!

Alhamdulillah. Puasa 6 Syawal berjaya dilaksanakan dan seterusnya Abam Kie terus melaksanakan puasa qada' bermula 31 Mei lepas. Bila kita ganti puasa ni banyak la cabarannya. Pertama sekali nak bangun sahur. Pada awal qada' puasa tu isteri masih bangun sahur bersama2. Jadi dia tolong siapkan makanan. Tapi bila dia dah settle puasa qada' dan puasa enam, maka terpaksalah abam kie bangun sahur sorang2. Huhuhu...Makan ala kadar je. Cukup syarat utk dapatkan pahala bangun sahur dan mengalas perut. Mengantuk tu jangan cakap la.... 

Abam Kie x sanggup nak puasa terus 14 hari. Maklumlah kan dalam proses pemulihan Covid 19 ni kena makan selalu bagi memulihkan tenaga dan nutrient yg hilang. Abam Kie cuma puasa 3 hari seminggu je. Bila kita sorang je yg puas kat atas rumah ni, maka kena tahan sabar la bila tengok isteri dan anak2 makan. 

Alhamdulillah. Akhirnya abam kie berjaya menyelesaikan qada' puasa pada 29/6/21. Maka pada 30 Jun tu nak buat sambutan sikit la sebagai tanda kesyukuran membayar segala hutang puasa yg terpaksa ditinggalkan dulu. Semoga kesihatan Abam Kie akan bertambah baik nanti. Aamiin....

Sekian. Terima kasih.