Assalamualaikum. Pada petang Jumaat, 7 Mei 2021 bersamaan 25 Ramadhan 1442 Abam Kie sekeluarga terhidu bau benda hangit di dapur. Masa tu hampir waktu berbuka jadi kami tak la serius sangat mengenalpasti dari manakah bau hangit itu datang. Cuma selesai menunaikan solat Maghrib barulah Abam Kie sedar bahawa bau hangit itu datangnya dari ketuhar gelombang mikro Panasonic. Oven ini digunakan sejak November 2019. Kira masih baharu lagi la jugak. 

Lalu Abam Kie cuba tekan suis ON namun microwave oven itu tak hidup. Lampu tak menyala. Cuba pasang kat plug lain pun sama je. Keesokan harinya isteri dan anak sulung Abam Kie pergi menghantar microwave oven itu ke sebuah kedai elektrik dan elektronik di Tanah Merah. Memang pada malam sebelumnya Abam Kie dah telefon technician tu dan ceritakan pasal oven ni. 

Pada tengahari Isnin 28 Ramadhan tu technician berkenaan yang bernama Mokhtar menelefon Abam Kie dan menceritakan status oven yang rosak tu menelan belanja RM300 untuk dibaiki. Itu baru harga alat ganti. Belum lagi kos upah. Kira macam total lost tu! 

Tidak dinafikan kat rumah ni microwave oven ni amat diperlukan untuk memudahkan kerja2 memasak. Abam Kie cuba survey harga di kedai elektrik di Tanah Merah. Seorang salesman tu DM gambar oven yg ada dalam stok kedainya beserta dengan harga. OMG! Mahalnya kalau dibandingkan dengan harga di Shopee! Beza melebihi RM100 untuk jenama yang sama. 

Setelah difikir dan dihitung, Abam Kie mengambil keputusan untuk membeli di Shopee aje. Pilihan banyak dan harga pun jauh lebih murah dari kedai fizikal. Survey punya survey, akhirnya Abam Kie tertarik dengan jenama Samsung seperti di atas yang berharga RM285. Muatan 23L dan dilapisi seramik di bahagian dalam bagi memudahkan kerja2 pembersihan. Pesanan dibuat pada jam 2.40 p.m. 10 Mei 2021. Mujurlah Abam Kie pilih kedai G-Orange di Tunjong, Kota Bharu. Dalam hati berdoa agar benda ni akan sampai sebelum Aidil Fitri. Ada gak DM penjual tu tanya dia tentang hal ini. Dia kata akan mencuba sehabis baik agar pesanan Abam Kie dapat dihantar sebelum Hari Raya.

Alhamdulillah. Pada pagi Rabu 12 Mei 2021 pemandu lori J n T menelefon Abam Kie bagi menunjuk arah ke rumah Abam Kie. Patutlah dia tanya sebab pemandu ni datang terus dari Kota Bharu. Kalau dispatch boy J n T Tanah Merah ni memang sedia maklum la lokasi rumah Abam Kie. Syukur Alhamdulillah kerana ketuhar gelombang mikro Samsung ini selamat sampai tanpa mengalami sebarang kesan calar atau kemek. Terima kasih kepada penjual dan J n T kerana berjaya menghantar pesanan saya sebelum Raya. Semoga microwave oven ini panjang jangka hayatnya di dapur Abam Kie. In Shaa Allah. Sekian, terima kasih.