Assalamualaikum. Sekarang ni orang dah jarang tengok TV sebab dah ada Netflix, Youtube, Iflix, Telegram dan sebagainya. Astro lagi la teruk sebab filemnya diulang2 sokmo. Abe Kie nak gak terminate astro tu tp kadang2 terasa sayang nak tengok rancangan2 best spt The Amazing Race, GV dan filem2 aksi serta dokumentari. Tengoklah nanti. Bila makin tua abe kie akan terminate je la Astrok ni.

Baru2 ni masa PKP 1.0, Abe Kie ada hobi baharu iaitu memuatturun filem terkini dan menarik dari channel Telegram. Ada macam2 channel movie spt Koleksi Jebat, Moviesubmalay Official, MSubPlix dan sebagainya. Cari je filem yang kita nak tengok. Pasti ada la tu ada dlm Telegram. Best kan? X perlu lagi pi pawagam. Buleh tgok di ruang tamu rumah je. Lagi puashati jika ada TV 4K LG 55 inci macam Abe Kie beli ni. 

Masalahnya dalam byk2 movie yg abe kie download tu ada sebahagian yg tak sempat ditonton. Pakai main download je tapi tak ada masa nak menonton sampai hari ini. Huh, tengoklah nanti bila habis SPM ni abe kie nak menonton mana yang sempat sebab sebelum SPM ni banyak sgt kerja yang harus dilaksanakan di sekolah dan rumah.

Jadi jika kawan2 nak cari movie yg best, boleh la cari di channel Telegram, deh? Selamat menonton...

P.S. Sekarang ni hampir semua channel movie di Telegram sudah ditutup kerana disyaki melanggar akta hakcipta. Jadi tidak boleh lagi nak memuatturun filem baharu. Jika nak tengok juga kena install streaming apps di HP atau android box. Atau jika mampu langgan je Netflix. OK?