Assalamualaikum. Comel kan baby boy di atas tu kan? Memang sejak perkahwinan pertama lagi Abam Kie berhajat nak ada anak lelaki. Namun kesemua anak abam kie ditakdirkan perempuan. Mula2 tu ada rasa ralat dan kecewa terutama sekali bila tengok kawan2 yang anak2 mereka semuanya lelaki. Kenapalah Allah x kurniakan walau seorang pun anak lelaki kepada abam kie? 

Tapi lama-kelamaan perasaan itu hilang. Pandai2 la pujuk hati ini kerana apa yang baik kepada kita tak semestinya baik kepada Allah dan apa yang buruk di mata kita tak semestinya buruk di mata Allah s.w.t. Mungkin ada rahmat dan rahsiaNya di sebalik qada dan qadar ini. 

Entah macamana la pada satu malam seminggu yang lalu Abam Kie bermimpi tetiba ada orang miskin menyerahkan bayi lelaki mereka yang baru dilahirkan. Semuanya seperti satu kejutan kerana seperti impian menjadi nyata. Comel pulak budak itu dan kedua ibubapanya tak meminta apa2 cuma mahukan abam kie membesarkan anak mereka seperti anak abam kie sendiri kerana mereka tak mampu membesarkannya. Lalu bayi itu abam kie jaga dengan sepenuh hati. Anak2 abam kie pun sukakan budak itu.

Namun tak lama kemudian abam kie pun terjaga kerana terdengar laungan azan subuh. OMG! Itu cuma mainan tidur, bukannya betul-betul. Tak apalah, abam kie redha aje dgn takdir ini. In Sha Allah nanti akan dapatlah menantu untuk kelima2 anak perempuan abam kie nanti. Terima kasih kerana sudi membaca rintihan rasa Abam Kie kali ini. Assalamualaikum.....