Assalamualaikum. Pada hari yang penuh berbahagia ini Abam Kie dengan sukacitanya ingin melancarkan Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2021. Mekanisme penentuan pemenang pengomen tegar tahun 2021 adalah seperti berikut:

1. Pada setiap akhir bulan sepanjang tahun ini, Abam Kie akan merekodkan nama blogger yang menduduki carta 7 pengomen teratas di dalam fail excel. Pembahagian mata kepada pengomen terbaik bulanan adalah seperti berikut:

Tempat pertama: 10

Tempat kedua: 7

Tempat ketiga: 5

Tempat keempat: 4

Tempat kelima: 3

Tempat keenam: 2

Tempat ketujuh: 1

2. Catitan mata pada bulan Disember akan diadakan pada 20hb bagi memudahkan Abam Kie mengira mata para pemenang dan mengumumkan keputusan sebelum tahun 2022 menjelma. 

3. Tujuh (7) orang blogger yang mendapat mata terbanyak akan menerima hadiah pada akhir tahun 2021 ini. 

4. Pengiraan ini mirip penentuan johan rumah sukan sekolah gitu. Jadi blogger yang konsisten meninggalkan komen di blog Abam Kie sepanjang tahun akan mendapat ganjaran kelak. Untuk mendapat mata tertinggi kenalah selalu komen di blog Abam Kie, ye?

Akhir kata Abam Kie ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan blogger yang tidak jemu-jemu menaip komen di blog ini. Sokongan dan keprihatinan kalian amatlah Abam Kie hargai. Sekian dan selamat maju jaya!