Assalamualaikum. Pada awal tahun 2021 ini Abam Kie menyertai satu giveaway anjuran rakan blogger Aimi Syahirah. Pada mulanya saja2 join sebab ada banyak masa terluang sementara menunggu sekolah dibuka. Jika dah buka sekolah seperti sekarang ni memang la kekangan masa nak join GA bagai. Kalau ada rakan blogger yang tag atau jemput join GA, awal2 lagi Abam Kie mohon maaf sebab x boleh join. Harap kalian mengerti.

OK, berbalik kepada GA yang dianjurkan oleh Misya ni, penentuan pemenang ditentukan oleh bilangan rakan yang peserta tag sama ada di Telegram, IG dan blog. Jadi makin ramai kawan yg kita tag, makin tinggi peluang kita nak menang. Lalu abam kie guna Telegram je la untuk memasukkan seramai mungkin kawan2 ke dalam group jualan Misya. Dalam menjoinkan kawan2 tu sampai x sedar yg abam kie telah memasukkan 40 org kawan ke dalam group tu.

Dan hasilnya Abam Kie mendapat hadiah sebuah wallet pink! Boleh tahan gak kualiti wallet ni. Ada banyak compartment lagi. Alhamdulillah. Setelah setahun gagal menang apa2 hadiah dalam contest di blog, akhirnya tahun 2021 ini dimulai dengan rezeki yang tak pernah salah alamat!

Ini bahagian dalam wallet tu. Cuma duit belum bubuh lagi la. Wallet ini Abam Kie hadiahkan pula kepada isteri tersayang. Takkan la abam kie nak guna wallet perempuan? Nanti x pasal2 Sajat ajak masuk team dia! Hahahaha... 

Jika kawan2 nak beli barangan kulit seperti beg dan wallet, boleh je singgah di IG biz Misya . Macam2 design ada di situ. Tapi jika nak add IG Misya silakan ke SINI. Akhir kalam, Abam Kie bersyukur kepada Allah kerana mendapat cenderahati kali ini. Thanks a lot, Misya and team!