Kemalangan ni boleh berlaku di mana-mana tanpa mengira apa jenis kenderaan sekali pun. Cuma penunggang motosikal lebih berisiko jika nak dibandingkan dengan kereta. 

Mereka tak ada pelindung macam kereta. Terhimpit sikit pun boleh jatuh dan cedera. Ramai yang ambil mudah. Biasa yang saya lihat setiap pagi adalah pelajar sekolah menunggang motosikal tanpa helmet. 

Bahaya sungguh. Tambah lagi sekolahnya bersebelahan jalan raya utama.  Pagi-pagi kereta memang banyak lalu-lalang. Mereka terdedah kepada risiko kemalangan. Tapi selamber je naik moto tanpa helmet.

Tahu la duit saman tu mak ayah boleh bayarkan. Tapi mak ayah tak boleh bagi jaminan nyawa akan sentiasa selamat dalam badan. Jadi hati-hati la ye.

1. Paling utama kena sentiasa peka atau 'alert' sekeliling kita semasa menunggang motosikal. Expect lebih awal perkara yang akan terjadi sekiranya ada kenderaan lain yang nak memotong, masuk simpang dan sebagainya

2. Pakai helmet dengan baik terutama yang lalu jalan raya utama. Kereta, lori, bas dan kenderaan lain  banyak duk lalu lalang. Tak macam jalan kampung ya.

3. Lihat kereta atau motor di hadapan kita. Jika lampu brek menyala, toksah la kita dok pulas lagi minyak motor tu. Tahu la boleh memotong. Tapi kita tak tahu sebab apa mereka tekan brek.

4. Nak memotong boleh. Pastikan jalan betul2 clear, jarak nak memotong yang munasabah dan tak ada kenderaan bertentangan.

5. Nak mencilok pun satu. Terutama di traffic light. Kena sentiasa alert dan bersedia untuk brek. Selalu saya jumpa ada motor yang akan keluar di antara dua kereta. Tak pun ada makcik yang lalu celah kereta tu tanpa lihat kiri kanan.

Ye la. Kereta semua dah brek kan. Buat apa nak lihat kiri kanan lagi. Jadi dia jalan selamber je nak ke seberang jalan sana. Allahu.

Walaupun kita dah hati-hati, pakai helmet bagai, tapi kemalangan tetap boleh berlaku. Cuma kita boleh kurangkan risikonya dengan langkah-langkah tadi. Kita kan bijak!

P/s: ini gambar kereta semasa kemalangan tempoh hari. Kereta keluar simpang tanpa lihat motor di sebelah kiri. Alhamdulillah dedua masih selamat.