Apa Yang Menyebabkan Perut Buncit?

Seperti halnya obesiti pada tubuh, perut buncit timbul oleh kerana pengambilan makanan yang melebihi tenaga yang diperlukan untuk aktiviti fizikal. Apabila anda makan terlalu banyak dan kurang bersukan, anda akan mengalami pengumpulan lemak pada tubuh, termasuk lemak di perut.

Sejarah obesiti dalam keluarga, tabiat merokok dan tekanan (stress) yang tinggi juga mempengaruhi terhadap timbulnya perut buncit. Usia yang semakin meningkat dan ketidakseimbangan hormon pada wanita menopause juga mempermudah timbulnya perut buncit. Selain itu, bentuk tubuh yang seperti buah epal cenderung menyimpan lemak di sekitar perut berbanding dengan bentuk tubuh seperti buah pir.

Bagaimana Mengenalpasti Perut Buncit Yang Merbahaya?

Ukurlah lilitan pinggang anda untuk mengetahui apakah anda memiliki perut yang boroi. Anda dapat menggunakan pita ukur yang dilingkarkan di perut anda. Posisi meter adalah sejajar dengan hujung tulang punggung dan pusat.

Seorang lelaki dinyatakan menderita perut buncit apabila lingkaran pinggang melebihi 90 cm (35 inci) manakala untuk perempuan pula di atas 80 cm (32 inci).

Bahaya Yang Terjadi Angkara Penimbunan Lemak Perut

Bagi anda yang memiliki perut buncit kerana pengumpulan lemak sebaiknya berwaspada kerana ada sejumlah risiko yang boleh mengganggu kesihatan.

Lemak viseral adalah jenis lemak yang paling merbahaya kerana pengumpulan lemak viseral di dalam tubuh boleh menyebabkan keradangan dan hormon yang dapat mengganggu metabolisme tubuh.

Lemak radangan disebut juga toksin. Gabungan ini menyebabkan radang ringan dalam tubuh sehingga meningkatkan risiko penyakit jantung.

Gabungan lain yang dikeluarkan oleh lemak viseral adalah asid lemak bebas. Gabungan ini akan masuk ke dalam hati dan kemudian menyebabkan berbagai perubahan, antara lain peningkatan pengeluaran kolesterol buruk dan penurunan pengeluaran kolesterol baik. Itulah sebabnya kenapa perut buncit dapat meningkatkan risiko penyakit kolestrol tinggi. Selain itu, asid lemak bebas juga menyebabkan insulin menjadi kurang efektif dalam mengawal gula darah dan seterusnya meningkatkan risiko diabetes.

Selain itu, lemak pada perut buncit juga dapat menyebabkan tekanan darah tinggi, stroke dan serangan jantung. Ini berlaku kerana lemak pada perut buncit dapat menyebabkan perubahan hormon yang mengawal penyempitan pembuluh darah atau yang disebut dengan angiotensin.

Cara Mengecilkan Perut Buncit

Seperti yang telah diterangkan sebelumnya, lemak viseral adalah lemak yang banyak terkumpul pada perut buncit. Berbeza dengan lemak subkutan yang berada dekat dengan kulit, lemak ini berada di sekitar organ dalaman sehingga sukar untuk dihilangkan.

Anda dapat membina otot perut anda dengan melakukan 'sit-up' atau gerakan lainnya, tetapi dengan hanya melakukan latihan-latihan itu tidak akan menyingkirkan perut buncit secara berkesan. Tetapi, cara paling berkesan untuk mengempiskan perut buncit ialah dengan melaksanakan strategi kombinasi diet dan senaman yang dikhususkan untuk mengurangi berat badan dan mengurangi lemak tubuh secara keseluruhan. Hingga saat ini intervensi yang khusus dapat menurunkan lemak viseral belum ada yang terbukti efektif.

Meskipun mengecilkan perut buncit bukan perkara mudah, anda tetap perlu berusaha mengatasi perut buncit. Berikut ini adalah beberapa cara yang boleh dilakukan.

1. Jangan minum arak. Selain tidak baik untuk kesihatan, minuman beralkohol juga dapat menyebabkan perut anda menjadi buncit.

2. Hindari stress kerana ia boleh menyebabkan perut buncit. Apabila anda ada masalah, cubalah bermeditasi, melakukan riadah dan berbincanglah dengan orang terdekat anda yang boleh dipercayai.

3. Tidur yang cukup juga dapat membantu mengurangkan lemak pada perut. Lemak pada tubuh dapat berkurangan jika tidur sekurang-kurangnya antara 6 hingga 7 jam sehari.

4. Perhatikan makanan yang dimakan dan jumlah kalorinya. Untuk mengurangkan lemak pada perut, anda perlu mengurangkan jumlah kalori dalam tubuh. Pengambilan kalori setidaknya dikurangkan diantara 500 hingga 1000 kalori sehari dari jumlah keperluan. Kurangkan karbohidrat dan makan banyak sayuran, buahan, produk susu rendah lemak, bijirin utuh dan protein tanpa lemak.

5. Perbanyak aktiviti fizikal. ­Jika anda jarang bersukan maka ini menyukarkan anda untuk mengecilkan perut buncit tersebut. Mulakan dengan aktiviti ringan dengan kombinasi latihan ketahanan dan kardiovaskular. Jika sudah tidak boleh melakukan aktiviti sukan berat, cubalah rutin ringan seperti berjalan kaki, tai-chi atau yoga.

Mengecilkan perut buncit memang bukanlah hal yang mudah, tapi bukan pula bererti anda perlu berhenti berusaha mengurangi lemak di dalam tubuh anda. Mulalah untuk menjalani hidup sihat dengan menjaga cara permakanan anda, mengubah gaya hidup dan rajin bersukan.

P.S. Model yang boroi di atas tu sedang berusaha mengempiskan perut boroinya. Berikan sokongan moral kepadanya agar berjaya di dalam misinya itu. Terima kasih.