Kdg2 Abam Kie terasa kagum kat pemilik kereta yg x ada kesan calar ni. Bagaimana agaknya dia jaga kereta? Boleh kasi tips penjagaan ke? Kereta Abam Kie ada kesan calar serba sikit. Bila basuh baru perasan. Tak tahu siapa yg buat. Sabar je la. Kereta Proton Preve hitam Abam Kie ni dah 6 thn beli. Baru je habis bayar.

Entah la. Kadang2 kita dah jaga kereta sehabis baik. Nak masuk parkir pun pelan2. Tapi dalam pada berjaga tu pun tercalar gak. Kalau x nak calar-balar rasanya baik diselimutkan aje kereta tu dan simpan dalam garaj. Betul tak?

Pernah satu hari Abam Kie lemparkan soalan ini kepada geng2 cikgu di dalam group Sahabat Guru Malaysia. Mcm2 komen yg abam kie dapat. Ada yang kata lumrah la kereta ni calar. Kalau sikit2 gi polish kat kedai. Jika teruk benar, kena ketuk body n cat baharu.

Bila difikir2 biar la calar sikit2 tu. Semua ni harta dunia. Bukannya buleh bawa ke dalam kubur. Cuma kita sebagai pengguna kereta kenalah jaga kereta tu sebaik mungkin. Kan mahal kereta tu! Ada yg ambik installment sampai 9 tahun! Tapi janganlah kita menjadi hamba kepada kereta tu sampai 1 butir pasir pun x ada atas alas kaki kereta tu! Berpada-pada la. 

Apa pendapat kawan2 jika kereta ada kesan calar? Sila tulis di ruangan komen, OK? Terima kasih.