Menerima hadiah daripada seseorang atau berjumpa kawan lama adalah contoh kejutan baik, tetapi ada juga kejutan buruk yang kita minta dijauhkan seperti pulang ke rumah yang dipenuhi air kerana paip pecah semasa kita berada di tempat kerja, atau terjaga pada tengah malam kerana anak perempuan kita mengalami demam panas! Ini adalah contoh perbelanjaan tiba2 yang kita perlu bersedia.

American Express membuat kajian terhadap 1,500 orang Amerika dan kajian tersebut mengenalpasti lima perbelanjaan yang pemilik kad perlu menangani secara tiba-tiba! Perbelanjaan tersebut meliputi:

Masalah Kereta – 46%
Rawatan Kesihatan – 44%
Perbelanjaan Berkaitan Rumah (Pembaikian dsb) – 32%
Pendidikan – 13%
Insuran – 12%

Biarpun kaji selidik tersebut dilaksanakan di Amerika Syarikat namun keputusannya adalah peringatan penting mengenai perbelanjaan yang boleh membahayakan kewangan golongan pekerja di Malaysia. Berikut Abam Kie kongsikan beberapa idea bagaimana untuk menjadi lebih bersedia terhadap perbelanjaan tiba-tiba atau luar jangka ini.   


1. Masalah Kereta

Petrol dan tol bukanlah dua perkara yang kita perlu belanjakan apabila memiliki sebuah kereta. Jika kita bergantung kepada kereta untuk sampai ke tempat kerja setiap hari, ia mungkin akan tiba-tiba rosak dan sama ada mahu atau tidak, kita perlu membaikinya jika ingin bergerak ke sesuatu tempat. Bila kita membentangkan bajet isirumah, jangan lupa untuk memasukkan faktor kos penjagaan dan pembaikian kereta! Jika terlibat didalam kemalangan jalan raya ia bakal membuatkan kita mengalami krisis kewangan jadi pastikan kita membeli insuran kereta komprehensif agar kita mendapat pelan perlindungan yang terbaik!


2. Perbelanjaan Kesihatan

Terdapat lebih 250 kes denggi yang dilaporkan setiap hari di Malaysia dan jumlah kematian telah meningkat sebanyak 3 kali ganda pada tahun 2017 berbanding tahun sebelumnya. Wabak seperti ini berlaku setiap tahun biarpun kita telah mencuba sedaya upaya bagi memastikan rumah kita kekal bersih dan menjaga kesihatan pada tahap optima. Namun kita dan ahli keluarga tetap jatuh sakit. Kita mungkin patut memasukkan pasangan dan anak-anak ke dalam pelan insuran atau takaful kesihatan keluarga agar kita dapat menggunakan pelan takaful tersebut apabila perlu menanggung kos kesihatan yang tinggi dan tidak dijangka.


3. Perbelanjaan Melibatkan Rumah

Bila balik ke rumah dari tempat kerja dan melihat rumah kita dimasuki air banjir atau limpahan paip bocor ialah satu mimpi ngeri yang perlu dielakkan. Sekiranya ini berlaku, kita perlu membayar kepada tukang paip dan pekerja-pekerja lain untuk membaiki kerosakan tersebut. Jika kerosakan tersebut teruk dan duit simpanan kita pula tidak mencukupi untuk menampung kos tersebut, maka kita mungkin terpaksa mengambil pinjaman peribadi daripada bank. Kita boleh memilih tempoh pembayaran balik yang lebih panjang bagi mengurangkan jumlah ansuran bulanan. Adalah lebih bagus jika kita dapat membandingkan pinjaman-pinjaman peribadi yang ditawarkan di Malaysia dan memilih pakej pinjaman yang terbaik agar tidak tertunggak bayaran baliknya kelak.


4. Perbelanjaan Penddikan

Menabung untuk tusyen anak bukanlah mudah untuk dimulakan, tetapi pernahkah kita terfikir tentang perbelanjaan luar jangka untuk pendidikan anak-anak yang berlaku secara mengejut? Contohnya apabila perlu membeli komputer riba atau tablet baharu untuk anak--anak apabila yang lama sudah rosak? Bandingkan kad-kad kredit dan mohon kad kredit yang membenarkan kita membuat bayaran ansuran tanpa faedah 0%  untuk barang-barang pendidikan anak-anak seperti komputer riba dan tablet.


5. Insuran atau Takaful

Jika kita membuat tuntutan ke atas insuran, maka premiumnya akan meningkat. Bila tiba masanya untuk memperbaharui pelan insuran, kita boleh meninjau dan melihat apakah yang ditawarkan oleh syarikat2 insuran yang lain supaya kita dapat membandingkan premium dan perlindungan dengan pelan di syarikat insuran sedia ada. Ini amat penting supaya kita dapat menjimatkan bayaran premium nanti.

Untuk mendapatkan ketenangan jiwa daripada perkara2 luar jangka maka kita hendaklah menyediakan perbelanjaan kecemasan. Kejadian yang tidak dijangka bakal memberikan tekanan kepada kita jadi kita hendaklah sentiasa bersedia agar perbelanjaan diri dan keluarga yang tetiba meningkat itu berjaya diatasi.

Sekian. Terima kasih.