" Syg.... you nk mkn apa? " soal si lelaki.

" I nak makan seafood, I suka sgt....." balas si gadis. Raut wajah lelaki tu berubah mendung. 

" Sorry syg.. Mak I masak lauk ni je, nasi, telur, kicap je.. Ini je yg mampu Mak I sediakan utk you." Balas lelaki itu rasa serba salah. Lalu membuka tudung saji di atas meja di hadapan mereka. Gadis yg tadi begitu manja terus bertukar berang, wajahnya kemerahan ....

" Ehh... ini jer ke yg Mak kau masak untuk aku? Alah kalau setakat ni baik x payah susah-susah nk undang org datang rumah!! Buat malu jer..." Balas gadis itu penuh sinis. Lelaki muda itu tersentak... Gadis itu lantas berlalu sambil mencapai beg tangannya. Tiba-tiba terdengar lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Gadis itu menoleh..

" You..I gurau jer lah. I tau la selera you. Mak I dah masak macam-macam! Tu ada kat ruang meja utama tu...Ahahaha..." Lelaki itu terus ketawa. Gadis itu terus tersenyum.

"You ni, suka tau gurau...eee...geramnya.." gadis itu merengek manja. Gadis itu terus menarik tangan lelaki itu.."Jom.."

" Ehh..jap. Nak ke mana?" Soal lelaki itu.

" Ehh you ni, nak makan laa, I dah lapar ni..." kata gadis tu.
Lelaki itu tersenyum pahit.

" Aku rasa aku dah buat satu kesilapan besar. Betul cakap mak..kalau nak cari isteri, carilah yg boleh makan nasi berlaukkan telur dan kicap, kalau mkn semua itu tanpa merungut, In sha Allah dialah calon yg terbaik yg boleh menerima kita disaat kita jatuh, bukan saja disaat kita senang..." Gadis itu tergaman....lelaki itu tersenyum...

"Maaf.... kau bukan calon isteriku..... Kau bukan gadis yg selayaknya utk menjadi menantu kpd ibu ku.....kau boleh pergi skrg......kita putus..." Gadis itu tergaman, gadis itu merayu.....tapi lelaki itu tetap dgn keputusannya. Si ibu sdg memerhati dari kejauhan, air mata si ibu menitis. Akhirnya gadis itu berlalu dgn keadaan yg penuh 1001 penyesalan....

Moral of the story: Nak cari teman hidup, carilah yg boleh menerima kita seadanya.. dlm keadaan susah dan senang, yg paling penting carilah yg boleh menerima dan menghormati ibu kita... In Shaa Allah... bahagialah hidup kita nanti....

(Sekadar renungan bersama)

kredit cintaku wardah ze