Assalamualaikum. Kawan2 selalu membalas komen yg ditinggalkan di blog ke? Kalau ya, tahniah abam kie ucapkan! Adat dunia blogging ni, orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Jadi kalau kita rajin meninggalkan komen di blog rakan2 blogger, maka In Shaa Allah, mereka akan berkunjung ke blog kita dan membuat perkara yang sama. Tak nak lah kalau terjumpa blogger2 yg perasan hebat ni. Kita selalu meninggalkan komen di blog dia, tapi dia sepatah haram x nak tulis komen di blog kita. Kepada blogger2 perasan bagus ni abam kie ucapkan #silameninggal.

Baiklah, sekarang abam kie nak berkongsi teknik membalas komen blogger2 yg budiman tersebut. Abam Kie biasanya ambik satu hari (biasanya hari Jumaat) untuk membalas semua komen yg tersenarai itu. Mudah je. Pergi ke dashboard blogger. Pas tu klik senarai komen. Abam Kie akan melawat ke 25 blog yang terakhir meninggalkan komen di blog abam kie. Sekiranya ada blogger yg komen sampai 10 kali di blog abam kie tapi abam kie cuma komen sekali je kat blog dia. Bukannya abam kie kedekut tapi cuma nak memastikan setiap orang daripada 25 orang blogger itu mendapat satu komen daripada abam kie. Jangan marah ye? Kot2 lepas ni ada yang kurang berminat nak tulis komen plak.     

OK tak teknik blogwalking dan membalas komen yg abam kie buat tu? Sila berkongsi teknik membalas komen yang kawan2 buat. Sebenarnya tidak semestinya abam kie balas komen pada satu2 hari je. Kdg2 bila ternampak entri menarik di blog list terus abam kie baca n komen. Manalah tahu kot2 semua kawan cuma nak tulis komen di blog abam kie pada hari Rabu dan Khamis aje. Jangan buat gitu deh? 

Akhir kata kita mesti selalu blogwalking dan meninggalkan komen di blog kawan2. Satu pun cukuplah. Dengan cara ini ia dapat mengeratkan ukhwah dan menyokong sesama blogger. Setuju tak dengan idea abam kie?