Assalamualaikum. Pada hari ni Abam Kie nak bercerita tentang Male Birth Control Method, atau pun Kaedah Merancang Keluarga Untuk Lelaki. 😂 Sila bagi perhatian ya, para blogger wanita. Kalau boleh sila suruh encik suami baca sama post ni. Tak adilkan asyik kaum ibu je yg kena merancang. Sekali-sekala kena pulak kaum bapa yang berkorban. Betul kan? Hehehehe...

Secara umumnya, sejak berzaman teknik merancang lelaki ni ada 3 cara:

1- Pakai condom
2- Teknik inzal / withdrawal / pancut luar
3- Vasectomy

Dan saintis sentiasa usaha cari cara lain juga, antaranya :

4- Injection hormon
5- Teknik RISUG
6- Vasalgel

Jom kita tengok cara yg azali sejak berzaman tu ya...

1) CONDOM

Mudah faham kan? Sarung lah condom, tadaaa 😂. Cuma ikut pengalaman abam kie sendiri la. Leceh sikit nak pakai benda ni. Bila survey dgn kawan2 lelaki pun ada yg tak nak guna condom. Alasannya? Kurang feel. Haha. Ataupun ada yg guna, tapi cara guna tak betul. Dia sarung condom bila dah nak ejaculate. Kalau strong will power tak pa, tapi ramai yg gagal. 😂. Kes-kes condom bocor ni amat jarang la...beli la reputable brand mcm Durex®. Nak berperisa pun ada.

2) INZAL / WITHDRAWAL / PANCUT LUAR

Perlu ke abam kie menjelaskannya? 😂
Teknik ini berkesan bagi yg strong will power.
Jangan guna teknik ini kalau dah lama tak adakan hubungan sex. Pasangan pengantin baru pun toksah la try teknik ni. 

3) VASECTOMY

Apa itu vasectomy? Ianya ialah surgery memandulkan lelaki, dgn cara memotong saluran Vas Deferens. Vas Deferens ni tiub yg menghubungkan testis ke penis (urethra). Sperma dihasilkan di testis, dan sperma akan terpancut keluar menerusi tiub Vas Deferens. So bila tiub ni dah dipotong, sperma tak boleh la keluar. 

Teknik ini perlu dianggap sebagai permanent, walaupun sebenarnya nak reverse kan ia masih boleh. Prosedur reverse vasectomy dipanggil Vasovastostomy. Ianya ialah microsurgery yg amat complex, ye la nak sambungkan balik Vas Deferens yg dah diikat tu. Kebarangkalian utk subur semula agak tinggi kalau Vasovastostomy dibuat awal lepas buat vasectomy. Pakar menyarankan juga cara In Vitro Fertilisation (IVF) sebagai alternatif kalau tetiba nak ada anak...boleh elak buat Vasovastostomy. Sperma akan disedut keluar directly dari testis, dan disenyawakan dgn ovum dalam makmal, kemudian disuntik masuk ke dalam rahim wanita.

Antara kerisauan lelaki kalau buat Vasectomy ni, antaranya :

🔷 Boleh ke lelaki berejakulasi (pancut) selepas Vasectomy? Jawapannya masih boleh, don't worry. Ejakulasi (semen) lelaki hanya terdiri dari 2-5% je sperma...Semen (cecair yg dipancut keluar) di hasilkan oleh Seminal Vesicles dan kelenjar Prostate. Dan volume semen hampir tak de perubahan pun. 

🔷 Adakah hormon testosterone terganggu kalau buat Vasectomy?
Jawapannya tidak. Don't worry. Tak jadi Sajat pun kalau buat Vasectomy.

🔷 Adakah sex drive / nafsu sex terganggu lepas Vasectomy?
Jawapannya tidak. Nafsu sex kekal seperti biasa. 

So buat wanita di luar sana yg dah complete the family (cukup anak-anak) dan tak mahu merancang, cubalah berbincang dgn suami anda kot kot dia nak try Vasectomy. Cuma fikir masak-masak sebelum buat.

**** Untuk cara lain Male Birth Control (cara nombor 4, 5 dan 6 ), ianya masih di peringkat awal.  Teknik nombor 5 dan 6 bakal dipatenkan dan available by 2018 - 2019.

P.S. Untuk mengetahui tujuan dan kaedah-kaedah merancang keluarga yang biasa diamalkan oleh kaum wanita, silakan berkunjung ke blog Sis Hawa, pengasas bersama Geng Blogger Pantai Timur (BPT).