Friday, 24 March 2017

Untuk Kita Yang Bergelar Lelaki


Jom kita pakat renung kata-kata nasihat di bawah! Semoga ianya akan memberikan kesedaran kepada kita semua yang bernama lelaki. Kepada pembaca perempuan tu boleh la kongsi entri ini dengan suami, ayah, abang, adik lelaki, dan ahli2 keluarga yang bernama lelaki. Semoga bermanfaat! 

Tahukah Kamu Wahai Lelaki..

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Bagi Seorang Lelaki Adalah Perjalanan Ke Masjid
Sebab Ramai Orang Kaya Tidak Sanggup Mengerjakannya..
Jangankan Sehari Lima Waktu.. Bahkan Ramai Pula Yang Seminggu Sekalipun Terlupa.. Tidak Kurang Pula Yang Seumur Hidup Tidak Pernah Singgah Ke Sana..

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..
Kerana Orang Cerdik Dan Pandai Pun, Sering Tidak Mampu Menemukannya..
Walaupun Mereka Mampu Mencari Ilmu Hingga Ke Universiti Di Eropah.. Ataupun  Amerika.. Mudah Melangkahkan Kaki Ke Jepun, Australia Dan Korea.. Dengan Semangat Yang Membara..
Namun Ke Masjid Tetap Saja Perjalanan Yang Tidak Mampu Mereka Tempuh.. Walau Telah Bergelar PHD....

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..
Kerana Para Pemuda Kuat Dan Bertubuh Sihat Yang Mampu Menakluki Puncak Gunung Berapi.. Pun Sering Mengeluh Ketika Di Ajak Ke Masjid.. Alasan Mereka Pun Bermacam².. Ada Yang Berkata Sebentar Lagi.. Ada Yang Beralasan Tidak Selesa DiCop Alim..

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..
Hatta
Pemain bola sepak yg kuat
Bertarung 90 minit,hampir
Saban minggu belum pasti
Gagah melangkah ke masjid

Maka Berbahagialah Diri Mu Wahai Lelaki.. Bila Engkau Telah Terbiasa Melangkahkan Kaki Ke Masjid..

Kerana Sejauh Manapun Engkau Melangkahkan Kaki.. Tidak Ada Perjalanan Yang Paling mulia serta Membanggakan.. Selain Perjalanan Mu Ke Masjid..

Biar Aku Beritahu Rahsia Kepada Mu.. Hakikatnya Perjalanan Mu Ke Masjid Adalah Perjalanan Untuk Bertemu Tuhan Mu..

Itulah Perjalanan Yang DiAjarkan Oleh Nabi Mu.. Serta Perjalanan Yang Akan Membezakan Mu Dengan Orang² Yang Lupa Akan Rabbnya..

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..
Maka Lakukanlah Walaupun Engkau Terpaksa Merangkak Dalam Gelap Subuh Demi Mengenal Allah, Tuhan mu..Nescaya kamulah Insan2 yg BERUNTUNG di AKHIRAT kelak...

Wednesday, 22 March 2017

Jom pakat klik nuffnang


Assalamualaikum. Dah lama abam kie bubuh iklan nuffnang ni di blog tapi hasilnya kurang atau memang x memberangsangkan. Membrengsetkan ada la! Rasanya dah dekat 10 thn menumpang kasih dgn nuff kot2 ada la ganjaran spt cek. Tapi habuk pun tarak! Kdg2 rasa jeles kat kwn2 blogger yg buleh cashout sokmo. Siap tayang cek di blog lagi. Minggu lepas abam kie check income di nuff rupa2nya x sampai RM40 pun! Sedih tahap gaban ni. Lagi sedih bila laman web nuff ni selalu down. X tahu nape. Mungkin dia takut kita curi duit dia kot? Sejujurnya pendapatan dari pengiklanan nuffnang semakin merosot sejak kebelakangan ini. Bukan abam kie aje yg mengalaminya tapi semua blogger kan?

Apa kata kalau kita pakat klik iklan nuffnang di blog sesama kita? OK tak cadangan abam kie ni? Hidup sepakat membawa berkat! Jom kita pakat klik nuffnang sesama kita? Terima kasih.

Monday, 20 March 2017

Panduan penjagaan kereta agar tahan lama


Abam Kie terbaca artikel ni dalam group Whatsapp. Jadi ada baiknya abam kie berkongsi perkara yang baik ini dengan kawan2 yg dihormati sekalian.

Jangan berani memiliki kereta sendiri kalau tidak tahu perkara penting ini dan kalau ada yg tertinggal tolong masukkan di ruangan komen ni agar kita semua dpt berkongsi ilmu sesama kita semua

1. minyak hitam (mengikut paras had & jenis minyak)
2. oil filter (tukar semasa menukar minyak hitam)
3. spark plug (tukar setiap 30,000 km)
4. bateri (tambah air setiap kali servis)
5. belting (tukar setiap 80,000km)
6. clutch plate (mengikut keadaan)
7. fuel filter (tukar setiap 30,000km)
8. air filter (tukar setiap 30,000km)
9. gear oil (tukar setiap 20,000km)
10. brake fluid (mengikut keadaan)
11. brake pad (Mengikut keadaan)
12. power steering fluid
13. radiator coolant (tukar setiap 40,000km)
14. wiper (tukar setiap 30,000km)
15. air conditioner (servis filter dan suis dibuka 1/2)
16. tayar (pam pada setiap bulan)
17. radio (memastikan ditutup pada setiap mati enjin)
18. radiator (pastikan dibersihkan menggunakan air paip)
19. fan radiator + aircon (Pastikan kipas hidup bila temp 1/2))
20. lamp bulb (Periksa lampu setiap minggu)
21. steering alignment (servis setiap 20,000km)
22. power window (Check setiap suis power window)
23. Beli kereta memahal kalau membelok x reti nak bagi signal baiklah pergi meninggal.
24. Angin spare tayar dan spanar bukak tayar serta jack pastikan sentiasa ada.
25. Kalau park kereta di tengah panas pastikan adjust lubang angin aircond tu pakai udara luar agar haba panas dlm kereta mudah bebas.
26. Utk kereta2 injection pastikan minyak petrol sentiasa cukup. Jangan sampai lampu warning dah menyala baru nak topup minyak. Fuel pump mudah rosak jika diamalkan begitu.
27. Sentiasa rajin check fan belt. Pastikan dlm keadaan baik.
28. Utk pengguna kereta auto pastikan enjin panas terlebih dahulu baru mulakan perjalanan. Bergerak waktu enjin sejuk punca utama gearbox auto mudah rosak...
29. Jangan main tambah2 minyak hitam jika enjin dah mempunyai penyakit mkn minyak hitam.
30. Mencegah lebih baik dari merawat. Setiap kali masuk ke bengkel utk service mintak tolong abang2 pomen periksa kereta anda A to Z agar anda mudah tahu kalau2 ada benda2 yg bermasalah dan perlu ditukar..

Berpesan-pesan amalan mulia.

Friday, 17 March 2017

Kenapa Matematik Tambahan penting?


Ramai pelajar ambil Matematik Tambahan atau lebih dikenali dengan Add Math, tapi tak tau apa pentingnya Add Math pada mereka. Lebih menyedihkan, ibubapa sendiri tak tau kepentingan anak mereka ambil Add Math. Jom abam kie bongkarkan 17 sebab add math sangat penting

NO.1 BOLEH JADI DOKTOR
✔Nak jadi doktor, add math xwajib skor.. betul.. jika parent dari keluarga yg senang, memang xwajib skor.. kalau parent mampu bayar yuran IPTS yg mahal.. addmath xada pun xpa...
✔tapi.. kalau parent dari keluarga sederhana dan rendah, add math PERLU ada.. sebab nak masuk IPTA persaingan sengitttttt! Itu yg pelajar kalau xskor A add math, nak apply perubatan di IPTA, xlepas..! persaingan sengit.. of coz U nak yg terbaik anatara yg terbaik..
✔Kelebihan jika masuk sambung perubatan ialah, family semua akan bangga. Bila berjaya graduate nanti, fuhhhh.. maruah family naik tinggi di mata masyarakat.. “anak dia tu lah yg ada doktor tu..”.. bayangkan kalau nak kahwin nanti.. confirm xda mentua yg nak reject.. bakal menantu doktor kot! Gaji tinggi, fuhh.. kalau anak perempuan, confirm hantaran xmurah.. :)

NO.2 BOLEH JADI ENGINEER
✔Nak jadi engineer, tak kisah engineer apa.. add math WAJIB skor A..
✔Kalau xskor, boleh.. masuk diploma.. tapi jujurnya nak bagi tau awal2x.. suka atau xsuka, add math kena belajar balik masa diploma.. takda alternatif... sebab add math ni “alat” penting dalam ilmu engineering..
✔diploma kalau pointer tak tinggi, fuhh.. susah nak buat degree.. kalau takda degeree, masuk keje dalam bidang engineering, setakat jadi pembantu engineer sahaja lah.. gaji pun gaji diploma.. kalau kat KL, gaji diploma SIKIT..
✔engineer executive kalau keje, gaji tinggi.. bila gaji tinggi, taraf hidup naik.. kesannya sama macam doktor, iaitu family mesti bangga... “anak dia tu engineer kat PETRON*S”..

NO.3 MUDAH DITERIMA JIKA NAK AMBIL BIDANG TEKNIKAL
✔Jika berminat nak jadi Arkitek, Perancang Bandar dan Wilayah, Juruteknik, Juruukur, Mekanik dan lain-lain.. add math ni penting.. at least kena LULUS.. terutamanya jika nak sambung ke IPTA..
✔Jika nak sambung diploma, matematik modern cukup utk sesetengah bidang teknikal ini.. Cuma, jika ada addmath, LEBIH MUDAH nak diterima masuk ke bidang2x teknikal ni..

NO.4 BOLEH SAMBUNG BIDANG SAINS LAIN
✔Kalau meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat.. dalam bahasa mudah, minat keje2x berbakti kepada masyarakat.. ATAU keje2x menyelidik.. selain doktor, ada pilihan lain seperti pembantu perubatan, Juru radiologi, Ahli farmasi, Juru terapi, Saintis, Ahli biologi/kimia, Pakar nuklear, Ahli geologi/geofizik, etc
✔ Nak sambung bidang ni add math xda lah wajib.. tapi kalau ada.. membantu sangat nak dapat bidang ni..! (add math tetap ada guna pada bidang2x ni, Cuma tidak 100% macam engineer)
✔Keje berbakti kepada manusia ni pahala besar.. Cuma tidaklah famous macam dotor, engineer..

NO.5 BOLEH MASUK U MUDAH DENGAN COURSE PILIHAN PERTAMA
✔ Ramai pelajar yg result add math sederhana.. bila nak masuk IPTS, terpaksa bersaing dengan lambakan pelajar yg skor A+ add math..
✔walaupun asalnya tak semua bidang wajibkan add math.. tapi bila ada add math, University lebih suka nak ambil pelajar2x ni... kenapa? Sebab Universiti tau.. pelajar yg boleh buat add math ni, attitude TAK sama dengan yg xleh buat.. kalau yg susah boleh buat, apa pun boleh buat.. itu logiknya..
✔ Bila terpaksa bersaing, biasanya pelajar akan dapat course yg pilihan ke-5,6,7.... malah ada yg tak dapat langsung pilihan yg diminta..! sekali dapat offer UPU, course ntah apa2x.. ambik sahaja.. dah course pun ntah apa2x.. nama pelik2x.. bila keluar U nanti, memang xda banyak pilihan utk keje..! tu yg ramai menganggur.. bukan sebab apa.. antaranya ialah sebab kat U dulu terpaksa belajar bidang yg diberi, bukan yg diminta... last2x menganggur.. cuba kalau dari awal dt course pilihan pertama? Siap dengan offer biasiswa .. kemungkinan utk menganggur sangat RENDAH!

NO.6 BOLEH “SHORTCUT TEMPOH STUDY” DENGAN MASUK MATRIKULASI/ASASI/PRE-U
✔Ni paling best.. kenapa kena study lama2x kalau ada cara short cut..?
✔kalau add math skor A+, senang dapat tawaran ke matrikulasi / asasi / pre-U.. shortcut setahun awal boleh graduate.. tapi add math kalau xskor, jgn gatal2x nak masuk matrik.. MATRIK NI LAJU.. 1 TOPIK COVER DALAM 1 MINGGU..!

NO.7 MUDAH SAMBUNG STUDY DALAM BIDANG KEWANGAN/ PERNIAGAAN/ KEUSAHAWANAN
✔Jika pelajar minat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai.. maybe boleh sambung study dalam bidang seperti Pentadbiran dan pengurus bank, Perancang dan pengurus kewangan, Eksekutif jualan dan pemasaran, Pengurus pengiklanan, Eksekutif akaun, Akauntan/juruaudit, Aktuari, Pegawai bank, etc..
✔Add Math pentIng utk at least LULUS..
✔kalau xda Add Math pun boleh. Cuma persaingat sengit nak ke IPTA.. ramai pelajar xda addmath, dan bukan dari keluarga yg senang.. jadi terpaksa sambung belajar di kolej ntah apa2x.. kualiti yg dihasilkan pun tak sehebat U yg famos..

NO.8 MUDAH SAMBUNG BELAJAR
✔Umumnya, kalau ada addmath at least LULUS.. senang sambung belajar.. (sila baca point no.1 hingga 7)
✔Bila senang sambung belajar, boleh dapat course pilihan pertama, dapat biasiswa, dan.. peluang dapat keje yg bagus lepas habis belajar adalah TINGGI..

NO.9 DIGELAR PANDAI
✔Bila boleh buat addmath, masyarakat sering gelar pelajar itu sebagai “PANDAI”
✔Sebab boleh buat subjek yg SUSAH, maka dipanggil pandai.. best! (mana ada org yg sedih digelar pandai..huhu)

NO.10 KEYAKINAN DIRI NAIK
✔Bila orang keliling panggil “pandai” maka secara automatik, keyakinan diri akan naik..
✔Andai orang keliling xkata begitu sekalipun, diri sendiri yg tahu kesusahan keperitan nak buat latihan addmath akan meningkat keyakinan diri.. self esteem naik..
✔Self esteem ni penting.. sekali dah naik, pelajar tu akan percaya yg dia boleh berjaya dalam apa sahaja.. ! (u are what u think)

NO.11 MEMBANGGAKAN IBUBAPA
✔Bila add math skor.. senang sambung study.. dapat shortcut study.. dapat keje gaji tinggi.. semua tu akan membanggakan ibubapa..
✔Ibubapa mana tak bangga bila anak berjaya..?
✔Memang impian semua ibubapa nak anak berjaya..
✔Duit bukan segala-galanya, tapi segala2xnya perlukan duit.. gaji bukan segala2xnya, tapi segala2xnya kena tanya "berapa gaji..?".. kalau gaji rendah, camne nak hantar mak ayah g umrah.. melancong.. balas jasa mak ayah..?

NO.12 MUDAH STUDY TOPIK SAINS YG LAIN
✔Ni apa yang berlaku pada Cikgu Naim sendiri. Dulu masa SPM cikgu naim ambil fizik, kimia dan add math.
✔mula2x rasa susah nak faham fizik, kimia.. tapi alhmadulilah.. bila add math dah boleh skor A, subjek2x sains lain ni jadi MUDAH.. nampak “pattern” kegunaan add math dalam subjek2x ni..!

NO.13 TAK MUDAH DITIPU
✔Dunia sekarang ni kena hati-hati sebab “scammer” ada merata-rata.. penipuan mudah beraku jika ilmu di dada tak cukup
✔Antara ilmu yg penting utk elak diri kena tipu ialah ilmu Add Math.. Skim cepat kaya, skim sontot emas, dan macam2x skim penipuan.. berlaku kepada org yg kurang ilmu..
✔contohnya, ditunjukkan satu pelaburan yg konon-kononya menguntungkan.. disebabkan takda ilmu “janjang” add math, kita senang2x nak percaya.. jika ada ilmu “janjang”, kita boleh kira logik x hasil pelaburan tu sehebat tu.. dengan pengetahuan algebra, kita leh “create equation” khas nak kaji sama ada skim pelaburan tu BENAR atau TIPU.. !

NO.14 MUDAH STUDY DI UNIVERSITI
✔Kebanyakan bidang di universiti melibatkan matematik, sedikit atau banyak, tetap ada. (kecuali bidang sastera, lawyer, etc yg memang xda kena mengena dgn math)
✔Pelajar akan senang study bila ada subjek yg melibatkan math di universiti.

NO.15 JADI ORG YG TEKUN DAN TELITI
✔Add math memerlukan ketekunan, ketelitian dan kesabaran yang sangat tinggi.
✔Maksudnya, bila seorang pelajar boleh buat add math, automatik dia dah latih diri dia supaya jadi orang yang TEKUN, TELITI DAN SABAR dalam buat sesuatu
✔Sikap yg terhasil tanpa sengaja ni adalah antara sikap org berjaya..!
✔Tak kisah nak berjaya dalam apa sekalipun, memang kena ada sikap TEKUN, TELITI DAN SABAR.. in sha Allah pelajar akan mudah jadi org berjaya walau apa sahaja pilihan dibuat lepas SPM nanti! ☺

NO.16 MASA DEPAN CERAH
✔Add math menjamin masa depan yg cerah
✔ Secara langsung mahupun tak langsung, add math SANGAT membantu pelajar dari segi attitude, senang sambung study, senang dapat IPTA pilihan pertama, keyakinan diri, etc..
✔ Adalah berbaloi bersabar kuasai add math dibandingkan dengan nilai masa depan yg cerah!

NO.17 BIJAK SELESAIKAN MASALAH
✔ Orang yg boleh jawab soalan add math ialah org yg dah latih otak jadi ANALITIKAL, KRITIKAL, TELITI.. atau dalam bahasa mudah, jadi BIJAK..
✔Bijak tidak dilahirkan, tapi dicipta.. ia dapat dicipta dengan susah payah fahami add math!
✔Kesan bila boleh jawab soalan addmath ialah sampai ke tua.. hari2x yg dilalui, apa sahaja masalah cabaran kehidupan, anda akan bijak buat keputusan yg rasional.. anda boleh “crack” puzzle yg sukar dalam mencari idea mengatasi cabaran hidup.. walaupun cabaran tu xperlukan math maupun add math!
✔Skill bijak selesaikan masalah ini TERPAKSA tercipta dalam diri pelajar yg boleh kuasai Add Math..!
✔Cara berfikir pelajar jadi unik tak macam org biasa, lebih kritikal dan analitikal..!
✔Benar add math tak digunakan utk beli telur ayam di kedai runcit. Tetapi addmath diperlukan utk kira macam mana nak kembangkan bisnes kedai runcit yg jual telur itu kepada 100 kedai runcit franchise supaya untung naik 100 kaliganda!

Kesimpulannya, Add math bukan sahaja penting utk mudah sambung belajar, tetapi juga memberi impak kepada kebijaksanaan pelajar, seperti meningkatkan keyakinan diri, jadi bijak selesaikan masalah, jadi org yg tekun dan teliti. Selain tu, manfaat ilmu add math mampu elak pelajar dari jadi mangsa penipuan.

Dengan sekurang-kurangnya LULUS add math, banyak peluang sambung belajar terbuka. Ia memberi kesan pada masa depan pelajar, secara langsung mahupun tak langsung.

Ditambah pula, jika pelajar mampu skor A+ Add Math, peluang utk jadi doktor, engineer dan pelbagai bidang kerjaya hebat terbuka luas...!

P.S. Abam Kie cuma dapat C untuk Add Maths semasa SPM 27 tahun lampau! Huhuhuhu.....

Wednesday, 15 March 2017

Kesilapan Simpulan Bahasa Yang Ramai Tidak Sedari


Tolong komen, tuan munsyi dan yg sewaktu dengannya...

Kesilapan Simpulan Bahasa Yang Ramai Tidak Sedari. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.

1. *HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI*

Pembetulan : HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI

Keterangan : Tahukah anda tiada Pagar Makan Padi tetapi Pegar yang makan Padi? Kesalahan yang didapati dari perkataan rumi diambil daripada jawi. Kesalahan kita sendiri. Tidak masuk akal jika pagar yang memakan padi, betul tak?

Perlu di ingat dari dulu sampai sekarang mana ada pesawah pagarkan bendang mereka baik di Malaysia, Indonesia, China, India, Turki, Jepun mahu pun Indo China, Thailand atau Myanmar. Pegar adalah sejenis burung yang digunakan untuk menghalau burung lain.
 
2. *MELEPASKAN BATUK DI TANGGA*

Pembetulan : MELEPASKAN BATOK DI TANGGA

Keterangan : Adalah tidak masuk akal jika Batuk iaitu ‘cough’ dilepaskan di tangga. Apa signifikasinya dengan maksud simpulan bahasa itu sendiri? Jadi sebenarnya adalah Batok.

Batok sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Orang dahulu jarang yang berkasut. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan untuk membasuh kaki.

“Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tidak tinggalkan macam tu sahaja dekat tangga selepas digunakan. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

3. *MATA KERANJANG*

Pembetulan : MATA KE RANJANG

Keterangan : Menurut buku “Bahasa menunjukkan bangsa ” hasil karya Alif Danya Musyi, seorang penulis daripada Indonesia menyatakan bukan Mata Keranjang tetapi "MATA KE RANJANG" pisahkan "ke" dengan "ranjang" yang membawa maksud seseorang lelaki yang melihat perempuan sehingga mahu ke ranjang atau seks.

4. *MERAH PADAM*

Pembetulan : MERAH PADMA

Keterangan : Sebenarnya bukan merah padam tetapi MERAH PADMA iaitu sejenis bunga teratai yang berwarna merah kemerahan (nama lain kepada “Teratai Merah”). Kiranya kalau kita malu muka kita jadi merah seperti merah bunga Padma jika kita malu kepada si Jejaka/Gadis.

5. *MENJOLOK MATA*

Pembetulan : MENCOLOK MATA

Keterangan : Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati atau memberi malu. (Kamus Dewan). Menjolok mata pula bermakna menusuk sesuatu dengan galah dan lain-lain, menusuk ke dalam lubang dan lain-lain. (Kamus Dewan)

6. *SALING TAK TUMPAH*

Pembetulan : SALIN TAK TUMPAH

Keterangan : SALIN TAK TUMPAH bermaksud dua orang yang serupa benar. (Kamus dewan edisi ke4). Jadi bersesuaianlah perkataan SALIN berbanding perkataan SALING maksud kata yang menunjukkan perbuatan dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan.

Monday, 13 March 2017

Jom kita bertukar blog list


Assalamualaikum. Dalam usaha untuk mempromosikan blog abam kie ini maka satu kaedah berkesan diambil iaitu dengan bertukar-tukar blog list. Jadi pada kesempatan ini abam kie ingin menjemput rakan-rakan blogger yang berminat untuk membuat MOU pertukaran blog list berkenaan. Syarat-syaratnya mudah aje.

1. Letakkan URL blog abam kie i.e. www.zukidin.com di blog list utama rakan2. 
2. Pastikan rakan-rakan mengemaskini blog sekurang2nya setiap 3 minggu.
3. Abam Kie pun akan melakukan 2 langkah di atas. Adil dan saksama kan?

Jika sudi bertukar2 blog list ini, sila tinggalkan link blog rakan2 di bawah, OK? Terima kasih.  

Saturday, 11 March 2017

Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com



Giveaway Fridge Magnet Padang Besar bermula saat ini dari hari ini, 6 hingga 13 Mac 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.

Kisahnya di SINI.


Siapa nak ole-ole dari Padang Besar? Ada 30 fridge magnet berbentuk selipar pelbagai warna. Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia Liana ya...

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 13 Mac 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Mac 2017.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Friday, 10 March 2017

Abam Kie nak taja giveaway anda


Assalamualaikum. Lama sudah tak taja giveaway kawan2 blogger. Sebenarnya menaja giveaway ni banyak faedahnya. Pertama sekali dapat menambah kenalan dan pengikut blog. Memanglah akan bertambah kerana diantara syarat2 GA tu peserta kena follow blog penganjur n para penaja. Yang kedua tu dapat mempromosikan blog kita kpd rakan2 blog baharu di Malaysia dan Asia Tenggara. 

Pada kesempatan kali ini abam kie nak menyeru kawan2 yg nak menganjurkan giveaway tu agar menghubungi abam kie untuk menjadi salah seorang penaja GA mereka. Sila PM abam kie untuk syarat2 dan hadiahnya. Kalau malu nak PM boleh je tinggalkan komen di bawah. Nanti abam kie hubungi kwn2 semula. Orait? Rasanya abam kie boleh menaja dari segi wang tunai, kad tambah nilai dan buku. In Shaa Allah, pada masa akan datang abam kie akan jemput kalian menjadi penaja GA abam kie pula. 

Semoga mendapat tindakbalas positif daripada rakan blogger sekalian. Terima kasih.

Wednesday, 8 March 2017

Where are your children now?


Abam Kie tertarik ulasan isu ini.. Baca tanpa prejudis. Di mana anak anda sekarang?

Sungguh tragis tragedi kematian 8 orang budak dilanggar kereta ketika berbasikal di jalan raya pada jam 3.30 pagi tanggal 18 Februari lalu.

Pukul 3.30 pagi di jalanraya?. Hurm. Tidak perlu rasanya mengulas kejadian ini. Apatah lagi menunding jari. Jadikan teladan pada kita semua yang masih hidup ni.

Teringat abam kie kira-kira 30 tahun dulu.

Seawal jam 6.30 petang anak-anak dah dikerah untuk pulang kerumah. Balik lewat sikit, siaplah. Kalau tak rotan, tali pinggang atau hanger mesti hinggap berbirat kat kaki

Pukul 7 dah wajib siap mandi, lepas tu makan dan bersiap-siap untuk solat dan mengaji atau ke surau. Balik mengaji atau surau jangan harap nak melencong mana-mana tanpa pengetahuan mak ayah. Anak-anak cukup takut dengan didikan ibu bapa mereka. Mengapa? Sebab dulu-dulu rotan, tali pinggang, hanger, paip semua mainan mak ayah je buat anak-anak mereka yang nakal.

Ibu bapa dulu-dulu cukup tegas. Tegas mereka terdidik buat anak-anak ketika mereka masih kecil lagi. Bukan dah besar baru nak bertegas dan rotan. Mengapa sekarang tak boleh bertegas dengan anak-anak?

+ Pukul 7 pun masih di padang
+ Pukul 8 malam masih ada di Cyber Cafe.
+ Pukul 10 malam pun kadang-kadang keluar
+ Di kawasan taman perumahan pula anak-anak kecil masih bermain basikal di hadapan rumah di jalan raya pd malam hari.

Sayang tidak semestinya memberikan kebebasan pada anak-anak. Rotan dan marah itu juga tanda sayang.

Jangan terlalu memberikan kebebasan kepada anak-anak. Kebebasan itu bagus, tetapi ketegasan itu perlu ada. Pantaulah anak-anak anda setiap masa.

Bak kata Sultan Johor, "Biarkan anak-anak menangis, jangan kita menangis.."

Sekarang.... Cuba lihat jam. Dan cuba lihat di mana anak anda sekarang? Anak-anak abam kie sudah tidur di dalam bilik masing2....

Monday, 6 March 2017

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk


Allah nak ambik atau nak tarik rezeki kita dengan macam2 cara. Tayar pancit lah, kereta rosak, duit kena curi lah, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini, kena tipu beli barang online lah, jodoh tak berpanjangan lah, dan macam2 lagi. Itu lah hakikatnya.

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain.

REZEKI itu bukan sahaja jumlah angka duit semata-mata.

Kekadang kita lupa..

✔Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
✔Dapat kawan2 yang baik pun rezeki..
✔Dapat masyarakat sekeliling yang baik pun rezeki..
✔Kerja tak pressure pun rezeki..
✔Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..
Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kadang2..

Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

Demikian Allah SWT membahagikan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah.

Saturday, 4 March 2017

Famous failures in the world


Something worth reading especially to those who think that they have never achieved their success in life.

He didn’t speak until he turned 4, and didn’t read until he was 7. His teachers described him as slow, mentally handicapped, unsociable and adrift forever in foolish dream. He was expelled from school and was refused admittance to the Zurich Polytechnic School (Albert Einstein)

He gave up on having a medical career and was often chastised by his father for being lazy and too dreamy and he would amount to nothing and would be a disgrace to himself and his family (Charles Darwin)

His teachers told him he was "too stupid to learn anything." He was fired from his first two jobs for not being productive enough. He made 1,000 unsuccessful attempts at inventing the light bulb (Thomas Edison)

Completely deaf, he was incredibly awkward on the violin and was often so busy working on his own compositions that he neglected to practice. His teacher called him "hopeless as a composer" (Beethoven)

He went to war a captain and returned a private, his fiancé died, he failed in business, had nervous breakdown and was defeated in 8 elections (Abraham Lincoln)

Initially rejected by Hollywood studio executives because they felt his act was nonsense (Charlie Chaplin)

He was fired after his first performance and was told "You ain't going nowhere, son. You ought to go back to driving a truck." (Elvis Presley)

He was fired from a newspaper for "lacking imagination" and "having no original ideas". He started a number of businesses that didn't last too long and ended with bankruptcy and failure (Walt Disney)

His early businesses failed and left him broke five times (Henry Ford)

Was turned down by Toyota Motor Corporation for a job after interviewing for a job as an engineer, leaving him jobless for quite some time (Soichiro Honda)

He drove across the country in his van and slept in it while searching for a restaurant who would take his fried chicken recipe. He was rejected 1008 times before a restaurant took it in. (Colonel Sanders)

At 30 years old, he was left devastated after being unceremoniously removed from the company he started. (Steve Jobs)

Rejected by a recording company, who said "We don't like their sound. They have no future in show business" (The Beatles)

His band got booed off stage when opening for the Monkees and were then dropped from the tour (Jimi Hendrix)

Dropped out of high school. Came back to a learning disabled class where he lasted a month. Rejected from the University of Southern California School of Theater, Film and Television three times. (Steven Spielberg)

Was fired from her television reporting job as she was deemed “unfit for TV” (Oprah Winfrey)

His first book received 30 rejections, finally causing him to give up and throw it in the trash before his wife fished it out and encouraged him to resubmit it (Stephen King)

Broke, severely depressed, divorced, had to raise her child on her own and was on welfare.12 publishers rejected the manuscript. (J.K. Rowling)

A high school dropout, whose personal struggles with drugs & poverty culminated in an unsuccessful suicide attempt (Eminem)

After being cut from his high school team, he went home, locked himself in his room and cried (Michael Jordan)

At 11, he was cut from his team after being diagnosed with a growth hormone deficiency, making his size smaller (Lionel Messi)

IF YOU'VE NEVER FAILED, YOU'VE NEVER LIVED.

Friday, 3 March 2017

Kelebihan membaca Al-Quran


As salam. Izinkan abam kie berkongsi satu artikel yang menarik dan bermanfaat dengan kawan2 yg dihormati sekalian.

Kelebihan penuntut ilmu khasnya ilmu Al- Quran:-

1. Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran.

2. Ahli Al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai amalannya kerana tiada amalan yg lebih mulia dari membaca Al-Quran.

3. Yang mahir dengan Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para nabi ‘alaihimussalaam.

4. Pembaca Al-Quran diibaratkan seperti limau yang manis yang mempunyai bau dan rasa yang enak iaitu disukai ramai.

5. Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al-Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu di dunia.

6. Pembaca Al-Quran yang terbaik ialah bacaannya menandakan yang ianya takutkan Allah.

7. Pendamping Al-Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian serta mndpt kemuliaan dan akan mndpt keredhaan Allah Ta'ala.
     
8. Sebanyak mana seseorang itu menghafal Al-Quran sebanyak itulah ia telah menerima wahyu cuma bezanya ianya bukan nabi.

9. Hafiz Al-Quran dapat memberi syafa’at untuk masuk syurga kpd 10 orang dari ahli keluarganya yang telah wajib masuk neraka.

10. Barangsiapa yang beramal dengan al-Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat.

11. Pendengar kepada bacaan Al-Quran ialah orang yang paling cepat mendapat rahmat dari Allah.

12. Pembacanya tidak digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai.

13. Pembaca yang bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf (70×340 740= 23851800) berbanding yang baca secara biasa.

14. Pembaca yang ikut hukum tajwid dapat pahala syahid.

15. Allah berbual dengan pembaca Al-Quran.

16. Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu Al-Quran.

17. Pembaca yang tahu makna Al-Quran adalah lebih mulia dari yg tidak memahami isi kandungannya.

Kongsikan ilmu kpd sahabat2. Sekian, terima kasih.

Wednesday, 1 March 2017

Sesi blogwalking dan following yang terakhir




Pada hujung minggu lepas abam kie ada banyak masa free jadi abam kie pun membuat ops blogwalking dan following secara besar2an. Senarai blog tu abam kie ambik daripada bloglist sdra HH. Oppss! Ada dekat 149 blog tapi 30 peratus sudah abam kie follow rupa2nya. Jadi dengan gigihnya abam kie jelajah dari blog ke blog dan follow mereka mana yang patut. Selepas tamat ops BW dan F (BWF) maka abam kie cuma tunggu response drp mrka sama ada nak follow back atau buat derk aje.

Dalam banyak2 tu x sampai 10 org pun follow back. X apa la. Abam Kie pasrah aje. Dah bukan rezeki nak promosi blog dan menarik minat org berkunjung dan folo blog kita.  Jadi mulai dari tika dan saat ini (mcm lagu kumpulan Medicine plak) abam kie nak berhenti drp BWF ni sebab tak mendtgkan pulangan yang diharapkan. Cukuplah abam kie menghasilkan entri2 yg menarik dan dapat menarik minat pembaca dan pengikut sedia ada untuk membaca n menulis komen. Alhamdulillah, setiap entri yg abam kie siarkan pasti mendapat beberapa komen   yg positif. Biarlah sedikit asalkan ada. Betul kan?

Tengoklah, kalau ada blog2 yg menarik tu mungkin abam kie akan follow mereka. Cuma bab BWF besar-besaran tu mungkin tidak ada lagi. Tapi apa yg pasti sesiapa yg follow abam kie memang abam kie akan follow him/her back! Prinsip abam kie: Org berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Baiklah, itu aje luahan hati abam kie pada kali ini. Mohon maaf kepada sesiapa yg terasa.
;