Friday, 6 October 2017

Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 oleh HASRULHASSAN.COM

Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM

Assalamualaikum. Abam Kie tertarik hendak menyertai segmen bloglist akhir tahun 2017 oleh hasrulhassan.com setelah membaca mengenainya di dalam emel tempohari. Memang abam kie melanggan entri terbaharu daripada blog HH kerana tidak mahu ketinggalan membaca entri2 yang panas dan bermaklumat gitu!

Blog abam kie dah dimulakan sejak Nov 2012. Sebenarnya abam kie sudah menulis blog sejak 2007 menggunakan platform wordpress. Tapi blog tu sendu aje sebelum diberikan nafas baharu di medan blogspot pula. Blog www.zukidin.com ini berkisar tentang kisah kehidupan abam kie yang boleh dikongsi dengan orang awam. Kalau kisah tu rate 'U' maka boleh disiarkan dan dikongsi dengan semua rakan. Selain daripada itu, entri2 yang ada di dalam blog ini boleh dijadikan kenangan dan warisan kepada anak2 dan cucu2 serta cicit2 abam kie nanti. Blog ini juga memaparkan artikel2, nasihat dan memo yang menarik, dikutip dari segala sumber yang sah dan dinyatakan sumbernya. 

Abam Kie mengenali blog HH ini semenjak dia menulis di blog bangku kosong lagi. Abam Kie tak pasti sama ada blog itu masih wujud atau tidak. Abam Kie melihat HH bangkit daripada blogger amatur kepada sifu blogger gitu. Syabas!

Blog abam kie ini berbentuk peribadi dan perkongsian pintar. Tak ada yang istimewa sangat. Cuma kadang-kala tu ada la orang yang menawarkan ulasan produk. Dapatlah sedikit duit untuk membayar harga domain kat NetKL tu. Hehehehe.... Bukan berbentuk komersial kerana sampai sekarang belum boleh mengutip hasil daripada Adsense dan Nuffnang. Huhuhuhu....

Akhir kata abam kie berdoa agar blog abam kie ini akan tersenarai di dalam 30 blog bertuah yang akan dimasukkan ke dalam blog list HH nanti. Besar sungguh harapan abam kie tu. In Shaa Allah ada la rezeki tu. Aamiin.


14 comments:

  1. wahhh. teruskan usaha abam kie. usaha tangga kejayaan. hehe. semoga berjaya :D

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Abam Kie, ooo... blog bangku kosong, lama juga abang kenal bro HH... semoga berjaya bang...

    ReplyDelete
  3. semoga berjaya abam kie... nak join la... hehe

    ReplyDelete
  4. salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/masuk-sem-2.html

    ReplyDelete

Thanks for your comment and please come again.