Barisan guru lelaki bergambar dengan adik Ahmad Faiz Ibrahim, 
insan istimewa yang cemerlang

Pada perhimpunan mingguan hari Ahad lepas sekolah tempat abam kie mengajar ini telah dikunjungi oleh tetamu istimewa iaitu adik Ahmad Faiz bin Ibrahim. Dia ditemani oleh bapanya yang bertugas sebagai ustaz di SMK Meranti, Pasir Mas. Abe Kie berasa malu mendengar kisah adik Faiz bin Ibrahim, pelajar cemerlang yang mendapat 10 Mumtaz dalam peperiksaan STAM 2016. Beliau walau tidak sempurna seperti orang lain amat menjaga hubungan dengan Allah dengan selalu bersyukur padaNya.

Beliau mempunyai idola yang mana idolanya ialah sesorang yang lebih teruk kecacatan dibandingkan dengan dirinya. Beliau termotivasi dengan nasihat dan kata2 ayahnya supaya beliau belajar dengan bersungguh2 kerana beliau tidak sempurna seperti orang lain. Tanpa ilmu beliau akan dianggap sebagai sampah dalam masyarakat. Dengan motivasi tersebut, beliau berusaha untuk menjadi seorang yang terbaik seperti manusia sempurna yang lain.

Beliau dari darjah 1 hingga 3 mendapat tempat terakhir di dalam kelas..darjah 4 hanya lulus 2 subjek. Darjah 5 beliau berjaya mendapat 2A...dan atas usaha yang tak pernah jemu dan tawakkal yang hebat beliau berjaya memperoleh 4A 1B dalam UPSR.

Betapa kuatnya semangat untuk berjaya dan menjadi orang yang bermanfaat dalam masyarakat.

Beliau  menulis jawapan exam STAM sehingga menitik darah di dagunya.😭😭😭😭. Adik Faiz menulis menggunakan dua jari yg ditolak dgn dagu beliau...Allahu...betapa hebatnya semangat beliau dan kuatnya iman adik Faiz. In Shaa Allah.. adik Faiz akan menyambung pengajian ke Universiti Islam Madinah bawah tajaan kerajaan Arab Saudi.

Kecacatan adik Faiz tidak menghalang dirinya untuk berjaya walaupun 95% urusan harian diuruskan oleh ibunya. MashaAllah..anak yang hebat dan ibubapanya juga hebat. Disebabkan oleh cerebral palsy...adik Faiz hanya buleh menggerakkan kepala dan boleh mengangkat tangannya sedikit sahaja tanpa boleh menggerakkan jarinya.

Foto di bawah ini menunjukkan hasil tulisan adik Faiz yang menggunakan 2 jari tangan kiri dan ditolak dengan dagu... Hasilnya dia menulis satu doa mohon keampunan daripada Allah untuk dirinya...Allahurobbi....😭😭😭😭😭


Beliau sangat menjaga hubungan dgn Allah...dengan sentiasa bersyukur 😭😭😭.
Bagaimana dengan kita? Kongsikan kisah adik Faiz dengan anak2 kita supaya mereka termotivasi untuk berusaha bersungguh2.

Pada akhir perhimpunan tersebut kami para guru dan pelajar berjaya memungut derma melebihi RM1K untuk disumbangkan kepada adik Faiz bagi keperluannya semasa melanjutkan pelajaran di Madinah nanti.